Change mode from English to Malay... Ehem3...
Rasanya pasti ada orang terasa pedas kalau baca ni. Hmm...
Saya tahu masing2 ada hak tersendiri untuk buat apa sahaja di blog mereka... Sebab itu blog mereka...
Saya pun ada hak untuk suarakan pendapat saya...
Cuma 2 benda yang saya tak suka bila berblogwalking.
1- Blog yang ada lagu.
~ Terkejut aku bila bukak blog yang ada lagu. Pada mulanya jalan2 dengan aman tanpa bunyi tiba2 ada bunyi pula entah dari mana keluar. Kalau angin saya baik, saya tutup speaker. Kalau tak pangkah...hehehe
Takpa saya baik orangnya jadi saya tutup speaker (perasan sendiri)
~ Kadang2 saya suka buka lagu di laptop bila tengah blogwalking. Tengah sodap2 dengar lagu tiba2 pula keluar suara sumbang. Hmm... Sabo jela...
2 - Blog yang disable right click.
~ Ya ampun cik2 dan abang2. Nak tahu betapa terseksanya kalau korang disablekan right click. Nak bukak entry lama2 nak kena tekan CTRL dan klik. Saya tahu entry anda panas2 baru keluar dari oven. Untuk menjaga entry anda dari dicopy anda letak disable right click. Saya jenis suka buka banyak2 supaya bila dah habis baca satu entry boleh baca seterusnya. Bila dah nak kena asyik tekan CTRL dan klik, hilang mood saya nak baca lagi.
~ Untuk entry tutorial pula lain pula ceritanya. Orang yang ikut tutorial telah membuang masa dengan menekan CTRL+C untuk copy. Buatnya tutorial tu panjang, tak ke jenuh nak menekan CTRL+C. Kalau jumpa tutorial kat blog macam ni rasa hilang mood nak follow tutorial dia. Bila dia buat segmen pun sama. Nak click header atau gambar yang dia suruh copy nak kena tekan CTRL+C.
Kalau korang nak ikut, ikutlah. Kalau tak mahu tidak mengapa. Tapi korang dah hilang seorang pembaca. Tidak mengapa kat luar sana ada beribu lagi pembaca nak baca. Tapi buatnya pembaca diluar sana mempunyai pendapat macam saya entah ke berapa orang korang dah hilang pembaca. Ini cuma pendapat saya sahaja. Bagi yang terasa maaf ek...
P/s : Teringat pula masa lepas SPM dulu2... Nak cari tips nak hadiri temuduga kat internet. Tipsnya banyak juga diblog. Pernah sekali buka 10 blog dalam satu masa. Tetiba keluar suara sumbang. Macam2 lagu keluar. Rasa macam berperang dalam laptop... Last2 ditutup browser tu. Baru senyap..
benar! ekekeke...
ReplyDeletesame! xsuke jugak huhu.klo bukak kat opis kan kantoi bunyi lagu huhu
ReplyDelete