Monday, August 22, 2011

Riak dan Ujub... Ada beza atau sama sahaja?

Apakah itu Riak?
Riak ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
Bahasa mudah : Aku nak buat sesuatu yang membuatkan aku dipandang mulia, disanjung tinggi oleh masyarakat. (contoh)

Biasanya manusia riak apabila melakukan amal ibadat kat :
1- Badan : 
- Menampakkan kepenatan kerana puasa (nak tunjuk yang dia tengah rajin berpuasa)
- Banyak terjaga tengah malam untuk beribadat (nak tunjuk yang dia rajin bangun malam)

2- Pakaian :
- Dekat depan orang waraknya dia dengan memakai serban, tudung labuh. Tetapi belakang tidak pula.
(nak tunjuk yang dia baik sangat, ada kepentingan diri, ingin mendapat pujian dan yang pasti bukan kerana Allah).

3- Perkataan :
- Ingin menunjukkan dia pandai berkata-kata, bagai seorang penasihat, pandai berkata-kata hikmah beserta hadith tapi pada hakikat dia seorang yang kosong dan mempunyai agenda tertentu.

4- Amalan :
- Sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Sering bersedekah secara terang terangan. Padahal ketika bersendirian, amalnya bukan sempurna sebegitu seperti solat cepat, nak bersedekah pula liat tanpa kehadiran orang ramai.

5- Ramai murid dengan pengikut.
- Berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai dan menyebut nama2 ulama' hanya untuk menunjukkan dia seorang pengikut ulama.

Peringkat Riak
1- Riak Akhbar : Melakukan ibadat untuk mendapatkan sesuatu dari manusia dan bukan untuk beroleh keredhaan Allah. Contoh : Dia beribadat kerana nak sanjungan dari manusia.

2- Riak Asghar : Melakukan sesuatu kerana Allah dan selain daripada-Nya. Contoh : Dia bersedekah kerana melihat si pulan tu glamour dan dalam masa yang sama dia bersedekah kerana Allah.

3- Riak Jali (secara terang) : Memerlukan sesuatu kesan yang nyata mendorong seseorang itu melakukan amal ibadat sehingga tanpa riak dia tidak berminat untuk melakukan amal. Contoh : Dia mesti mencari kemegahan bila bersedekah. Kalau nak bersedekah mesti dapat liputan meluas dalam berita. Jika tidak, dia tidak mahu bersedekah.

4- Riak Khafi (secara tersembunyi) : Tersembunyi di dalam hati dan hanya dia tahu apa yang bermain dalam hatinya. Riak ini juga menjadi pendorong baginya untuk terus beribadat. Contoh : Demi memikat hati pemuda yang kuat beribadat dan kaya itu suka padanya, dia sanggup pakai tudung, sentiasa solat berjemaah di surau, berkelakuan sopan dihadapannya. Di belakang lain cerita.

Punca Riak.
1- Sifat suka dipuji oleh orang lain.
2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.

Bagaimana mengelak sifat Riak?
1- Sentiasa mengingatkan diri tentang perkara yang diperintahkan Allah.
2- Menyucikan hati dengan zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
3- Mengawasi diri agar takut akan murka Allah. Ingatlah azab Allah sangatlah keras.
4- Berwaspada terhadap perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan.
5- Menanamkan di dalam diri bahawa sentiasa melakukan sesuatu KERANA ALLAH.
6- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah.
7- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

"Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak."

Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit. 

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka


Bagaimana pula dengan Ujub?
Apakah itu Ujub?
- Ujub dikatakan sebagai kesukaan terhadap kecantikan dan kelebihan. 
Bahasa mudah : Bangga dengan kecantikan diri dari segi rupa paras, kekuatan diri dari segi kepimpinan, kelebihan yang ada dalam diri seperti kepandaian dan kepetahan berkata-kata.
- Ujub merupakan sepupu sepapat takabbur dan riya'.

Kesan Ujub.
Ujub membuatkan kita merasakan kita seorang yang sempurna. Tiada cacat cela pun yang ada dekat diri. Kadang-kadang Ujub boleh melahirkan rasa bangga diri (takabbur) setelah hasil kerja kita lebih baik dari orang lain dan merasa 'Aku lebih layak' berbanding dengan orang lain. Hasilnya kita lebih memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.Malah kita akan menjadi seorang yang suka memperkecilkan kebolehan orang lain. Apabila ada mereka yang berjaya menandingi kita, kita merasa dengki. 

Punca Ujub dan cara merawatnya.
1- Rasa hebat dengan diri. Jadi, terapkan dalam hati, "Diri Aku milik Allah". 
Dengan ini adakah kita berani membangga diri kerana secara sah yang diri ini bukan milik kita hakiki?

2- Jika melakukan kebaikan, Jangan cakap "Kita buat". Rahsiakan kebaikan kita dimata dan telinga manusia. Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

3- Merasakan bahawa setiap kelebihan adalah anugerah dari Allah semata-mata. Bukan kehebatan kita.

4- Tidak bersahabat dengan orang Ujub. Seboleh-bolehnya elakkan diri dari bersahabat dengan mereka kerana sahabat itu cermin diri kita. Tetapi jika anda kuat dan ingin menarik sahabat anda ke pangkal jalan apasalahnya.

5- Dedahkan diri dengan pelbagai situasi. Barulah kita mengetahui bahawa bukan kita sahaja menpunyai kelebihan.

6- Minta pandangan dari orang lain... "Adakah aku ini ujub?"

7- Menjauhi pujian

8- Mendengar nasihat orang lain.


Apa yang kita lihat Riak dan Ujub tidak sama. Tapi yang sama ialah Riak dan Ujub ialah sebahagian dari penyakit hati yang boleh mengurangkan nikmatnya beribadat serta mengurangkan pahala ibadat kita. 

"Terdapat satu kisah seorang pemuda membaca satu surah panjang penuh sampai ayat terakhir (tak ingat nama surah tersebut) lepas solat. Setelah selesai membaca, pemuda tersebut tertidur. Pemuda tersebut mendapat mimpi yang dia mendapat report card hasil bacaan tadi. Apa yang dia lihat, setiap perkataan diberi ganjaran pahala cuma satu baris ayat akhir surah tidak dicatat sebarang pahala. Pemuda tersebut tanya mengapa di akhir ayat ini tiada catatan pahala? Maka jawablah utusan yang menghantar report card tersebut. Ketika kamu baca Al-Quran, Allah memberikan ganjaran pahala setiap huruf. Tetapi tidak pada ayat terakhir ini kerana ketika kamu membaca, ada orang lalu menghampiri rumah kamu. Dalam masa yang sama terdetik di hatimu yang kamu ingin menunjukkan yang kamu pandai mengaji dan membaca satu surah penuh sampai habis. Jadi Allah simpan ayat terakhir ini untuk kamu supaya kamu meminta pahala ayat terakhir ini dekat orang yang lalu tadi."

Lihat betapa parahnya penyakit ini. Adakah kita mahu solat kita, puasa kita, ibadat kita rosak malah tidak diterima angkara penyakit ini. Sama2lah kita menjaga hati kita dari dijangkiti penyakit ini.


P/s : Pesanan khas untuk orang yang menulis juga. Sama2lah muhasabah diri.

4 comments:

  1. nice entry
    ku baca sampai habis
    menarik
    moga kita berjaya membuang sifat riak dan ujub dalam diri
    dan harapnya ramai yang dapat manfaat daripada entry nih
    alhamdulillah
    :-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih... semoga entry ini boleh dibawa manfaat...

    Dah tukar avatar... Nice...^^

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. mohon share ya peringkat2 riak tu di blog ana :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam... silalah share... ^^

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe