Monday, August 08, 2011

Nostalgia ~ Mainan???



Bila aku melihat mainan2 di atas ni teringat pula zaman "kanak-kanak" aku...
Hmm.. Bukan zaman kanak-kanak tapi zaman alam remaja...
Maklumlah budak baru belajar kemahiran hidup kat sekolah...
Kalau boleh dekat rumah nak diaplikasikan...

Sebenarnya macam ni...
Dulu, aku pantang melihat mainan atau benda yang pasang siap...
Macam piano, kereta mainan, mainan yang sudah siap dipasang...
Jam dinding, Jam loceng... 
Sasaran aku : Mainan yang adik dah tak nak main (dah rosak)
Bila dah jumpa target, masuk bilik bersama mainan dan screw driver bapak.
Ambil screw driver, dibuka screw yang ada kat mainan tu pastu tengok component apa yang ada dalam mainan... Kadang2 tu mengomel sorang2...
" Apa da... Harap badan je besar tapi isinye sikit"...
Selalu jumpa :




4 benda kat atas ni mesti jumpa. Apa orang cakap, main component. Tapi yang speaker tu biasanya untuk mainan yang keluarkan bunyi. Yang best pasal speaker ni, aku jumpa magnet kat speaker tu. Apa lagi, magnet tu dibuat main. Main tarik2 ubat stapler pakai magnet, main memancing ikan pakai magnet, main tolak tudung botol kicap pakai magnet... Teruja..Hohoho...

Biasanya saya boleh buka mainan yang guna screw  macam kat bawah ni:


Kalau screw macam kat bawah ni memang saya tak dapat buka. Bapak tak ada pembuka screw yang mata segitiga. Selalunya mainan dari Mc Donald yang guna screw pelik macam kat bawah ni. Memang selamat la mainan tu. Kalau tak dah lama aku buka dan tamatlah riwayat mainan tu.



Bab jam pula, aku buka badannya pastu dibuat main. Main pusing2 tangan jam. Di cabut sana, dicabut sini. Main soal2 dengan adik. Ni pukul berapa... (Haish... Macam tak perlu di buka badan jam semata-mata nak main tanya2 pukul berapa... Dah nama gatal tangan macam ni la). Yang paling best jam yang ada music box kat dalamnya. Memang menunggu saat jam tu rosak. Bila dah rosak, dibuka badan jam pastu mencari component yang mengeluarkan bunyi ala2 music box.


Ini dia. Namanya cylinder music box.
Bila kita pusing, cylinder besar tu berpusing 
dan bila bintik2 kecil tu kena besi2 halus tu, dia mengeluarkan bunyi...

Akibat hobi aku yang pelik ini :
- Habis screw driver bapak aku bersepah. Sampai satu saat bapak aku memang memerlukan screw driver dia, habis semua screw driver dia hilang. Tak pasal2 kena ceramah free dari bapak sendiri.
- Koleksi screw dalam simpanan bapak aku bertambah. Hehehe
- Habis jam, mainan bertambah rosak sampai mak pun bising. Hohoho
- Menambahkan sampah... ehehehe

P/s : Jangan ditiru hobi ni yek...
Dah lama dah tak buat kerja ni... 

1 comment:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe