Thursday, August 11, 2011

Sembahyang solat sunat tarawih

Hari ini sudah masuk hari yang 11 kita berpuasa. Bagaimana amalan kita? Semakin mantap atau semakin malap? Semoga kita terus istiqamah dengan amalan2 kita yang kita lakukan selama kita berada dalam bulan Ramadhan. Saya nak berkongsi satu petikan hadis...
Hadis Rasulullah: "Stiap amalan anak-anak Adam itu dilipat gandakan satu kebajikan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Lalu Allah berfirman (yang bermaksud): 'Kecuali puasa.Sesungguhnya puasa ini untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, dia mengekang syahwat dan makan minum hanya untuk-Ku'. Bagi org yang brpuasa ada dua kegembiraan;kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Dan bau busuk mulut orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum daripada wangian kasturi. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saya juga ingin melampirkan disini buku panduan solat tarawih dari JAKIM.
Bagi mereka yang masih terkapai2 atau tak tahu macam mana nak kerjakan solat tarawih, boleh download buku ini. Bagi mereka sudah pakar atau sekadar mahu membuat ulangkaji pun boleh juga download. Tak kisah la apapun alasannya dan semoga buku ini dapat dimanfaatkan...^^


Nak download? Klik disini...

P/s : Dulu2 penat nak cari panduan nak solat tarawih. Susah nak cari panduan yang benar2 lengkap. Sekarang Jakim sudah keluarkan buku... Alhamdulillah..

2 comments:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe