Jual manusia, seludup manusia, import manusia...
Sudah nama perdagangan manusia, mesti berkaitan dengan jual beli manusia.
Sedikit info tentang penyeludupan manusia :
- merupakan antara jenayah tertua
- dianggap sebagai suatu industri universal
- tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi
- Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun.
- Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun
- Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun
- Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakan negara termasuk Malaysia
- Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan sebagainya.
Bila difikirkan balik, adakah perlu perdagangan manusia ini wujud?
Kenapa ia wujud?
Terdapat beberapa sebab mengapa perdagangan ini wujud :
- Kemiskinan/ kesempitan hidup
- Terpengaruh tawaran kerja
- Kurang didikan moral/agama
- Materialistik
- Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
- Taraf pendidikan mangsa
Cuma satu je yang saya tak faham... Mereka2 ini sanggup mengenepikan nilai2 kemanusiaan semata-mata kerana wang. Mereka tidak kisah jika orang2 yang mereka culik dijual, dilacurkan, dibunuh untuk mengambil organ dalaman untuk dijual hanya untuk dapatkan wang. Hanya wang mereka sanggup lakukan apa sahaja. Agak2nya mereka ni manusia ke binatang? Cuba kalau mereka buat begitu dekat anaknya sendiri, emaknya sendiri, ayah sendiri, adik2nya sendiri. Agaknya apa perasaan mereka. Tak dapat bayangkan manusia seperti ini. Binatang pun tak buat macam tu tau...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe