Friday, March 29, 2013

Rahsia... Shhh...

Cuti2 ni best kalau satu keluarga duduk bersama bergurau senda dan berkongsi rahsia.
Rahsia?
Aku baru tahu yang bapak ada banyak koleksi resepi masakan jawa kampung orang dulu2.
Kiranya masakan jawa yang simple dan susah nak jumpa di zaman serba moden ni.
bahan dia pun tak susah nak cari.
bahan asas cili api, bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, halia, santan
balik2 bahan2 kat atas ni jugak digunakan.
dan bahan utamanya :

Ikan salai/ Ikan masin [Sumber]

Semalam bapak ajar nak masak ikan kering masak cili api.
bahan dia simple je
bawang merah, bawang putih, cili api 20 biji, serai dan tak lupa ikan masin.
semua bahan tu ditumbuk bersama kecuali ikan masin.
tumis bahan2 tumbuk tu pastu masuk ikan masin dan taruk air kosong satu cawan.
Tunggu air sampai kering. Lagi kering lari sedap. nyum3.
Jangan taruk garam, kang bertambah masin.

satu lagi nenas masak lemak cili api.
bahan2 bawang merah, lengkuas, ketumbar, cili api,ikan masin, kelapa parut dan kunyit.
mula2 kelapa parut dikisar sekali bersama kunyit.
kemudian air kelapa parut bersama kunyit tadi dididihkan bersama bawang merah, lengkuas, ketumbar, cili kering dan ikan masin. akhir sekali masukkan nenas. tunggu dia masak.

bapak ada cakap pasal buntel.
apa tu? buntel tu perkataan jawa yang membawa maksud benda yang dibungkus dalam uncang kecil.
biasanya orang dulu letak duit dalam buntel. 
Tak jumpalah zaman tu purse atau beg tangan macam sekarang. hoho.. 
Ok, apa kaitan dengan masakan?
bapak cerita pasal masakan dalam bungkusan.
dia nak buat ikan masin masak dalam balutan bersama cekor.
nak tahu apa bahan yang dia letak kenalah tunggu cuti nanti.
aku kena peringatkan dia masa cuti nanti.
kang dia lupa... hohoho... 
peluang keemasan untuk dapat resepi...

P/s : Rupanya banyak juga resepi berasaskan ikan kering. Ingat ikan kering goreng je sedap. hahaha

2 comments:

  1. Salam singgah. Boleh cuba ni :) studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab singgah... :)
      cuba jangan tak cuba... hehe

      Delete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe