Kata-kata itu terus tergiang-giang di kepala.
Kata-kata itu telah meragut kepercayaanku.
Disebabkan kata-kata itu aku takut untuk tadabbur Al-Quran.
Takut aku tersalah tafsir.
Berdosa besar.
[sumber] |
Kiniku sedar...
Dia sedang menguji keimanan aku...
Aku yang tak kuat pegangan terpengaruh.
Aku yang kurang ilmu goyah...
Dia nak uji pegangan aku.
Ini semua atas kebodohan aku sendiri...
Aku baru mendapat jawapan...
Ada beza tadabbur Al-Quran dan menafsir Al-Quran.
Tadabbur itu merenung, menganalisa, memahami dan menghayati terjemahan ayat tersebut.
mengaitkan ayat tersebut dengan kehidupan kita sebagai umat Islam.
Menafsir itu mengkaji maksud dan lafaz yang ada dalam Al-Quran.
bukan semua orang boleh menafsir ayat quran.
Ada beberapa kriteria perlu dipenuhi sebelum layak menafsir quran.
tetapi tadabbur siapa2 pun boleh buat.
Aku baru tahu...
Kini aku makin jauh...
Terasa ada batu penghalang antara aku dan Al-Quran.
Dia dah merajuk dengan aku kah?
Atau aku yang dah keras...
Ada kes sama macam aku juga rupanya -> Tafsir ke tadabbur
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe