Pesanan melalui burung merpati... wah333 [Sumber] |
kat adik2 atau pelajar2 yang masih belajar supaya:
1- Hargailah peluang yang ada.
Janganlah sia-siakan peluang belajar.
Kesian kawan2 yang kat luar sana nak masuk universiti tapi tak dapat.
Yang dapat tu buat hargai peluang itu elok2.
Belajar betul, siapkan assignment dan homework,
sertai aktiviti dan kelab dalam kampus untuk asah bakat dan tambah pengalaman.
2- Jangan susahkan orang lain.
Bila dah bekerja dalam kumpulan tu buatlah cara bekerja dalam kumpulan.
Sentiasa peka dengan kerja yang lecture bagi.
Bahagikan tugas sesama ahli kumpulan.
Tak tahu nak buat tanya kat ahli kumpulan.
Pilih hari dan masa yang sesuai dan bincang.
Janganlah buat diam aja.
Bila sampai hari nak hantar kerja, terhegeh-hegeh tanya macam mana nak buat.
Lagi best tu, lecture kat depan tengah mengajar, kita pula sibuk pulun siapkan kerja.
Super duper best, tarik ahli kumpulan tolong dia siapkan kerja dia masa tu juga.
Kerja nak kena hantar. Ingat ahli lain takda kerja lain nak buat lepas tu?
Tak patut... tak patut...
3- Ada ilmu lebih ajarkan.
Jika ada kawan minta tolong ajarkan, tolong sahaja.
Jangan kedekut.
Lagi kita ajar orang, lagilah ilmu itu melekat di kepala.
4- Kita semua adalah sama.
Janganlah bezakan kita dengan umur dan batch.
Bila dah mula rasa diri dia tua, lebih berpengalaman, tahu semua benda,
itu tandanya dia sudah mula rasa diri dia besar.
Bila dah jadi macam ni, nak buat kerja bersama pun susah, nak tegur susah,
serba serbi susah. Sebab dia nampak kita ni tak punya apa2.
Tak perlu nak rasa beza sangat.
Dah nak kena sekumpulan dengan junior, terima jelah.
Nak ajak discusi, sertailah sekali walaupun dah rasa diri tu "pandai" sangat.
Tunjukkan kat adik2 junior contoh terbaik.
5- Jangan ambil kesempatan dengan kebaikan orang.
Manusia ada banyak jenis.
Ada yang tegas, ada yang lembut, ada yang serabut... eh... eh...
Ada yang baik hati juga.
Bila dapat orang yang baik hati ni selalu kena buli.
Tak siap assignment, kawan yang baik hati ni juga tolong buatkan.
Tak datang kelas, kawan yang baik hati ni juga tolong msg homework.
Takkan semua benda nak si kawan baik hati juga buat.
Psss... korang tak takut ke?
Kawan yang baik hati ni ada simpan singa tau.
Sekali dia mengamuk, dia telan kamu macam mana...?
6- Kamu buat, kamu dapat.
Jangan... Jangan... Jangan...
sesekali ponteng kelas,
tak buat homework,
tak buat assignment....
Jika kamu buat 3 perkara diatas ini,
memang terang lagi bersuluh yang kamu bakal gagal dalam subjek itu.
Buat jelah apa yang lecture suruh buat.
Itu pun untuk kebaikan kamu juga.
Tak sia-sia pun.
Setakat ini pesanan super senior universiti.
Tolong... Tolong... Tolong... jadi matang sikit.
Anda dah besar panjang dan dah boleh kawin pun,
takkanlah nak kena orang lain duduk ketuk "wey bro, buatlah homework tu..."
nak kena suruh buat itu, buat ini, tak pandai nak pegang dan laksanakan amanah.
come onlah...
fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe