Dan ada juga orang diuji dengan kesenangan, kemewahan, kemegahan dan kekayaan.
Itu semua adalah sebahagian dari ujian Allah.
Ujian yang diberikan oleh-Nya mengikut tingkat iman kita.
Allah juga menguji kita supaya kita menjadi kuat dan kebal.
Kuat dan kebal dalam melalui ujian Allah.
Kadang kala ujian itu datang kerana Dia nak tegur kita.
Tegur kita supaya kembali mengingati Dia.
Supaya kita sedar akan kesalahan kita.
Ujian itu juga diberi kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Dia lebih tahu segala-galanya.
Kita hanya mampu merancang
tetapi apa yang berlaku atas ketentuanNya.
Ujian itu juga diberi kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Dia lebih tahu segala-galanya.
Kita hanya mampu merancang
tetapi apa yang berlaku atas ketentuanNya.
Kadang kala ujian itu sebagai tiket menambah pahala,
tatkala kita diuji kesusahan, adakah kita sabar?
tatkala kita diuji dengan manusia yang sering menyakiti kita,
apa yang kita buat?
tatkala segala perancangan kita tidak menjadi,
adakah kita salahkan takdir?
tatkala Allah memberi kita harta yang melimpah ruah,
apa yang kita akan buat dengan harta itu?
Setiap yang ada disekeliling kita adalah ujian.
mari kita lihat siapa dan apa disekeliling kita.
Keluarga,
Kawan,
Haiwan,
Pelajaran,
Peperiksaan,
Pekerjaan,
Harta,
Pangkat,
Persekitaran...
Semua itu benda dan alat yang Allah akan gunakan untuk uji kita.
Allah akan uji dengan bermacam jenis ujian
dengan perkara yang ada disekeliling kita...
Jadi,
apa yang perlu kita buat?
1- Hadapi ujian dengan tenang.
2- Berfikirlah dengan rasional dan fikir masak2 sebelum bertindak.
3- Jaga tingkah laku dan kata-kata
kerna diwaktu beginilah kita bertindak dan berkata dengan penuh beremosi.
4- Sabar.
5- Cari jalan penyelesaian.
Pilih jalan penyelesaian terbaik.
INGATLAH...
“ Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankankan kepada kami apa yang tak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami…
(Surah Al-Baqarah :286)."
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe