Thursday, April 18, 2013

Terlajak kata dan perbuatan...

[sources]

Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak kata dan perbuatan.....?

Hurm...
Tetiba rasa bersalah.
Tetiba rasa geram pun ada.
Tetiba rasa nak salahkan diri sendiri...

Rasa penat sangat.
Penat layan orang.
Bila bekerja dalam berkumpulan.

Baiklah.
Saya salah.
Saya tak ingatkan mereka.
Saya hanya bagi tugasan kat mereka dan dah bagi tahu bila nak kena hantar.
Saya tak buat perjumpaan untuk melihat perkembangan kerja mereka.
Saya tak message pun tanya yang assignment boleh buat ke tak...
Saya minta report lambat.

Tapi....
Saya tak punya masa untuk semua itu.
Saya juga ada komitmen lain.
Saya ada assignment lain nak kena fokus.
Ada perbentangan, kuiz, mid term exam.
Saya juga seorang pelajar.

Maka,
Saya dengan berani membuat anggapan yang mereka akan buat.
Bila dah bagi tugasan terus buat.
Tak perlu disuruh, ditanya, dipaksa.
Pandai2 ambil langkah sendiri untuk siapkan bahagian masing2.

Tetapi,
Jangkaan saya salah.
Mereka tidak buat.
Dah tolong susunkan pun tak buat juga.
Siap tunjuk protes lagi tu.
Malah dipersalahkan.
Saya dipersalahkan kerana lambat mengumpul bahagian report.
Saya dipersalahkan kerana slide presentation tidak lengkap.
Saya dipersalahkan kerana tidak balas message mereka.

Saya nak kumpulkan report sebab mereka tak bergerak.
Takda sesiapa nak kumpulkan report.
Ahlik yang dipertanggungjawab untuk buat intro dan conclude pun duduk senyap.
Saya lambat mengumpul bahagian report sebab ada ahli tak siapkan part dia.
Ada yang baru nak buat pun ada. Takkan nak tunggu orang tanya baru nak buat?
Ada yang hantar terlalu lambat. Dan dia tak bagi tahu dia hantar.
Disababkan itu, saya tolong buatkan part dia, siapkan report tu.
Saya tak lengkapkan slide presentation kerana ada ahli tak bagi part dia.
Saya tidak balas message sebab sakit hati sebab kenapa harus esok nak hantar malam ni baru nak tanya tentang report. Selama saya desak mereka hantar secepat mungkin, mereka tak buat pun macam tu. Tak tanya pun.

Saya tengok madam.
Madam sudah berkali-kali minta perbetulkan data yang sudah dihantar.
Madam sudah letak tarikh akhir untuk perbetulkan iaitu minggu lepas.
Tapi ada je group yang hantar semalam.
Dapat kat aku bikin panas tu...
Tapi madam cool je.
Cool sebab boleh deduct mark? haha

Aku kena belajar terima kenyataan ke?
Kalau dah tahu diri tak suka diperlakukan seperti tadi,
aku kena mulakan langkah dahulu.
Aku kena selalu jadi ketua.
Selalu kena remindkan orang.
Selalu desak orang siapkan kerja.
Susunkan isi dalam report.
Nak kena buat macam tu baru diri rasa puas hati?
Puas hati diakhirnya, tapi sakit hati sepanjang proses penyiapannya.
Dah pernah rasa. Memang perlukan kesabaran lagi tinggi.

p.s : Serius, aku dah nak muntah hijau buat kerja dalam berkumpulan. 
Baik aku buat sorang2 baru puas hati.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe