Banyak benda dpt dipelajari sepanjang berprogram selama 2 hari...
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Semangat komiti dan fasi yang OSEM serta mendapat sambutan luar biasa dari pelajar sangat mengharukan dan memotivasikan kami. Semoga kami terus setia menerus perjuangan ini dan tidak kenal erti serik.
#TELESQOP#KEMPEMANTAPANSOLAT#P
P.s : Ia mengingatkanku di masa lalu
Itu status FBku.
Banyak pengalaman, kenangan manis, kenangan pahit yangku dapat sepanjang berprogram bersama mereka.
Terasa nikmat terbesar ialah bagaimana Allah tarik sesorang itu dan mengantikan seseorang itu dengan suatu yang jauh lebih baik.
Subhanallah.
Bagaimana Allah nak ajar kita bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
Memang bermandi dengan emosi sebelum tu, macam2 ujian menimpa sampai rasa nak batalkan aja program itu.
Tetapi mengenangkan komiti yang begitu semangat, niat murni adik2 sekolah itu untuk kembali ke menginggati Allah dengan solat dan usaha cikgu sekolah sangat mengharukan kami.
Lepas selesai berprogram itu rasa nak menangis.
Menangis kerana kami berjaya dan terasa lapang dada.
Penat lelah kami terbalas.
Semoga adik2 tu terus melaksanakan solat yang merupakan tiang agama dan tidak lupakan kami.
Bagaimana ia mengingatkanku dimasa lalu?
Dimasa laluku dimana daku sebahagian komiti yang bersama-sama menjayakan program sekolah.
Dimana ketika itu daku tidak mengerti hasrat murni cikgu.
Mengapa harusku ponteng kelas semata-mata nak siapkan module untuk program?
Mengapa harusku ke hadapan khalayak untuk mengendalikan program itu?
Mengapa harusku menanggung beban bersama komiti kesan akibat kehilangan telefon bimbit peserta selepas program?
Mengapa harusku bermandi emosi sama ada menurut kehendak cikgu atau kehendak keluargaku?
Apa tujuan sebenar cikgu suruh kami buat itu dan buat ini?
Kini aku mendapat jawapannya.
Begitu lama sekali persoalanku tadi terjawab.
Kini aku merasa puas...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe