Friday, September 09, 2011

Aku trauma dengan...

Entahlah. Sejak kena prank dengan seseorang, aku jadi takut nak klik [Link].

Begini ceritanya...
Ada satu hari tu, aku tengah syok2 blogwalking. Sambil2 blogwalking, aku dengar lagu sekali. Saja nak hiburkan hati yang tengah duduk sorang dalam bilik ditemani laptop yang tercinta. Yang paling best hari tu, aku dengar lagu pakai headphone. Jarang aku dengar lagu pakai headphone. Nak dijadikan cerita, aku ada melawat satu blog ni. Macam biasalah. Kat entry dia ada bagi satu link tu. Dia suruh tekan. Aku pun tekanlah. Sambil tunggu link tu complete loading, aku pun buka blog2 lain sambil baca entry. Korang tahu link ape yang aku buka tu.

~Link suara perempuan mengilai lor~
Terkejut aku. Tetiba meremang bulu roma wey. Bayangkan aku sorang2 dalam bilik tengah sedap2 dengar lagu tiba2 dengar suara mengilai. Huhuhu. Yang paling sedap pakai earphone tu. Volume pun agak kuat jugak masa tu. Aku pun glabah. Macam mana nak tutup link tu. Aku tahu kalau aku tekan link tu pasti aku nampak muka perempuan mengilai tu. Nasib baik dia tak pop up keluar muka dia. Kalau tak memang dah lama laptop ni kojol kena penumbuk aku. Lepas beberapa kali dia mengilai, dia senyap. Pastu dia sambung mengilai lagi. Waaaaaa.... Bertambah tegak bulu roma aku wey. Last2 aku perlahankan dan terus tutup speakernya. Aku bengang. Aku tutup browser tu.

Korang tahu... Sampai sekarang tergiang-giang suara tu...
Tiap kali aku nak buka link... Aku berharap jangan la keluar benda tu...
Dah trauma nak tekan link...

2 comments:

  1. hu hu hu... lemah smangat tu, jgn takut... hantu mana ade.

    ReplyDelete
  2. Itulah pasal.... tak baik tau... huhuhu

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe