Hari ini bermulalah kelas untuk semester baru. Apa yang aku lihat hari ini... Ramai pula orang. Dekat masjid, dekat depan kelas, dekat office. Semua nampak macam kelam kabut nak register, nak pergi kelas, nak cari kelas. Bila tengok office setiap department, nampak penuh dengan student. Semoga kerani tu sabar melayan permasalahan student. Bila selisih dengan student lain, adalah muka2 baru. Jumpa juga budak excfs. Bertegur sapa sambil ucap Selamat Hari Raya.
Feeling hari ini. Argh... Bosan teramat sangat. Maybe baru start kelas. Buku pun takde. Nak harapkan belas kasihan senior untuk bagi pinjam buku teks. Erk... Cuma curious dengan Business Math. Nampak macam best. Masa kat kelas math tadi, tergiang-giang kata cikgu add math aku. Dia cakap dekat universiti, korang dah tak belajar nak solve equation dah. Takde istilah nak dapat jawapan kena solve equation dulu dengan guna formula bermacam bagai. Sekarang kena belajar apa maksud equation tu. Kena faham kenapa ayat matematik macam tu. Contoh apa itu function? Kenapa orang namakan benda tu function? Kena belajar bahasa math. Dari satu equation tu, korang akan dapat bermacam2 information. Wah... I start love math...
Pasal mahallah pula... Muncul perasaan risau ni. Takut tak dapat tukar mahallah. Tadi terdengar cerita kawan aku ni. Dia nak tukar bilik dengan kawan dia. Mula2 dapat call dari mahallah office. Kerani tu cakap dia dapat tukar bilik. Bila kawan ni datang office, dia kena gelak dengan kerani siap kena perli lagi. Rupanya dia dipermainkan. Bila dengar cerita dia rasa risau pulak. Aku nak tukar jugak. Dah 2 sem aku bersabar kat mahallah ni. Aku dah tak larat duduk sorang2 dibilik dikelilingi dengan senior. Waaaaaa....... Rasa macam dipinggirkan. Takde life langsung. Nak buat assignment pun susah sebab budak satu kelas semua kat mahallah lain. Tension3333... Agaknya dah biasa hidup dengan keadaan bising. Bila bilik sunyi sepi rasa tak semangat pula.
Kesian pula dengan budak direct intake. Semoga kamu semua tabah menghadapi liku2 hidup sebagai student uia. Nak tolong tetapi tak tahu nak tolong apa. Bila ditanya semua tak tahu. Maaf... T_T
P/s : Maaf sekali lagi. Korang terpaksa membaca bebelan aku hari ini. Hehe
Hari ni mood baca komik. Komik Tintin. Siapa pernah dengar? Dah lama komik ni terperap dalam laptop.
ms sy study dulu...3 tahun sy ddk d blok hostel yg berjauhan dr kwn2 yg sama kos dgn saya :(
ReplyDeleteHuhuhuhu... 3 tahun... Ni lagi membara semangat nak tukar cepat2...
ReplyDeletebella..nape ko kesian ngn dak direk intake wei.?? cer cite
ReplyDeleteHurm... Untuk entry yg ni, knpe kte kesian kat budak direct intake sebab diorang banyak tanya soalan pasal macam nak handle diorang punya kelas bahasa... Ada setengah tu kena ambil kelas bahasa sebelum ambil core course... diorang tanya subject apa yang patut ambil dahulu, dekat mana kelas.. saya kesian sebab tak tahu macam mana nak tolong... Bila ditanya, saya byk jawab tak tahu... sebab saya budak excfs dan berlainan kuliyyah... process dia lain sikit... harap jawapan ini boleh diterima...
ReplyDeleteoooh sbb itu je ke?? hahaha... ingtkan kome kesian sbb ape le tadi.. biasa la.. aku dak direk intek.. dah tempuh dah..
ReplyDeletelek ye bella.. peace..