Disuatu pagi yang indah. Abu sedang diulit mimpi yang indah.
Tiba-tiba, Abu terdengar suara sumbang dari jiran sebelah rumah.
Abu melihat jam loceng. Jam baru menunjukkan pukul 2 pagi.
Bila Abu teliti betul2 suara itu, upanya datang dari radio jiran.
Abu : Apehal melalak pagi2 buta ni. Orang nak tido pun tak boleh ke. Huh!!!
Anda rasa apa Abu akan buat?
A. Tutup telinga dengan bantal dan sambung tidur macam biasa.
B. Menjerit kat jiran sebelah suruh turunkan volume radio.
C. Kita bako rumah die.
D. Baling batu dekat tingkap rumah jiran.
KES 2
Amalina seorang surirumah tangga. Tempat kerja dia adalah dirumah. Kemas rumah, basuh baju, memasak dan segala kerja rumah menjadi rutin harian dia. Tiba-tiba ada sesuatu yang menganggu di telinga dia. Jiran sebelah rumah dia seorang penganggur. Setiap hari rutin harian dia bergusti dalam bilik dan pasang radio kuat2 sehingga Amalina hafal setiap lagu yang dipasang oleh jiran sebelah. Yang sangat memanaskan hati Amalina, salah seorang dari anaknya nak exam besar tahun ni. Amalina risau prestasi anak dia jatuh merundum disebabkan jiran dia buat bising hari2 tanpa henti.
Anda rasa apa yang patut Amalina lakukan?
A. Jumpa ibu jiran sebelah dan menyuarakan rasa tidak puas hati.
B. Sama2 lawan siapa pasang lagu lagi kuat.
C. Kita bako rumah die.
D. Buat pekak badak je.
KES 3
Jiran Suzana suka menanam bunga. Macam2 bunga dia tanam. Bunga kertas, bunga puding, bunga mawar dan bermacam-macam jenis bunga terdapat dihalaman rumah jiran Suzana. Suazana nampak macam taman bunga bila melihat perkarangan rumah jiran dia. Suzana rasa tidak puas hati kerana jiran dia telah mengambil sedikit ruang dihalaman rumah dia untuk tanam bunga kerana tidak cukup tempat. Suzana rasa panas hati melihat halaman rumah dia semakin sempit dan penuh dengan bunga2 jiran dia.
Agak2 apa yang Suzana buat?
A. Kita bako bunga dia.
B. Cabut bunga yang telah mendarat dihalaman rumah Suzana
C. Buat pertandingan mulut muncung siapa paling panjang.
D. Suzana mendiamkan diri dan terus melihat halaman rumah dia semakin mengecil.
KES 4
Jiran Ahmad sedang renovate rumah. Ahmad lihat sudah separuh rumah jiran dipecahkan dan disambung buat rumah dia lagi besar. Ahmad tidak kisah kalau jiran dia mahu buat rumah besar macam istana. Yang merunsingkan Ahmad ialah bumbung rumah Ahmad kelihatan berlubang dan terdapat kayu panjang terjuntai keluar. Setiap hari Ahmad rasa bimbang bumbung rumah dia.
Agak2 Ahmad akan buat?
A. Tunggu rumah jiran siap renovate.
B. Robohkan lagi rumah jiran dia.
C. Buat tak tahu macam tiada apa2 yang berlaku.
D. Pindah rumah.
~ KES ini tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati.
Cuma khayalan penulis~
kes 1 B
ReplyDeletekes 2 A
Kes 3 tk de jwpn//ptutnya saman..kih kih
Kes 4 pun sama.. bawak bincang..klau tk jalan.. Saman.. tu je..kih kih kih
Hurm... Kesemua kes2 diatas ni kalau penat sangat nak pikir senang2 buat 3 bende ni je.
ReplyDelete1- Sabar... Kalau berterusan
2- Bawa Bincang... Tak jalan juga
3- Saman dan kalau masih berdegil panggil polis...
Hidup berjiran mestilah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Barulah hidup harmoni.