Friday, September 02, 2011

Busuk hati atau sakit hati?

Watak :

Abu : Abang kepada Ali
Ali : Adik Abu
Ibu : Emak kepada Abu dan Ali
Aminah : Isteri Ali

Babak pertama :
Di suatu pagi raya yang hening, Ibu termenung jauh melihat anak ayam berkejar-kejaran dilaman. Ibu sedang memikirkan sesuatu. Kelihatan seperti ada benda yang bermain diminda ibu. Tiba-tiba, Abu lalu dihadapan ibunya.

Ibu : Abu, boleh teman ibu tak?
Abu : Teman? Nak teman ke mana ibu?
Ibu : Ibu mahu jalan2 raya hari ini, teman ibu pergi beraya di rumah saudara ibu. Cuma kamu, ibu dan isteri kamu sahaja yang ikut. Anak2 kamu tinggal dirumah, jaga rumah. Petang nanti anak ibu sorang lagi nak balik sini. Takkan nak biarkan rumah ni kosong tanpa penghuni.
Abu : (Sejak bila pula ibu ajak aku pergi jalan2 ni. Sejak aku kawin sampai sekarang, ibu cuma sekali dua je naik kereta aku. Selalunya kalau nak pergi jalan2 atau nak sembahyang raya mesti naik kereta Ali... takpelah) Ikut ibulah. Saya tak kisah.

Babak kedua :
Ibu bersiap untuk keluar jalan2 bersama Abu dan isterinya.
Tengah ibu bersiap, datang pula isteri Ali. Dia kelihatan mahu mengatakan sesuatu.

Isteri Ali : Ibu, naiklah kereta Abg Ali... Ibu naiklah kereta Abg Ali...
Ibu : ----------
Isteri Ali : Ibu naiklah kereta Abg Ali... Saya sanggup tak balik rumah hari ini asalkan ibu mahu naik kereta Abg Ali. Saya balik esok.
Ibu : Ibu tidak boleh buat begitu. Kesian Ali nak kena ulang alik. Kamu nak balik Perlis kan. Hari ini kamu nak pulang rumah. Kemudian esoknya dah nak bertolak ke Perlis. Kesian Ali. Dia penat.
Isteri Ali : Takpe Ibu. Saya tak kisah. Abg Ali kuat lagi. Ibu naiklah kereta Abg Ali.

Ibu sudah siap. Dia mahu ke dapur sebentar. Dalam masa yang sama, isteri Ali terus mengekori ibu dan terus memujuk.

Isteri Ali : Ibu, naiklah kereta Abg Ali. Saya rasa serba salah nak balik ni.
Ibu : Ibu kesiankan Ali. Dia penat.

Dalam masa yang sama, Abu terdengar perbualan antara Isteri Ali dengan Ibu.
Terdetik dihatinya......
Abu : Hmmm.... Tak habis2 lagi dia nak pisahkan aku dengan ibu aku. Selama ini asyik Ali je layan emak. Aku tahu aku miskin, rumah tak selesa, kereta tak sedap, tak punya wang untuk diberi dekat orang tua tapi aku ni pun masih anak ibu. Aku tahu... Ali kaya, rumah besar, kereta sedap, banyak duit.. sebab tu ibu lebih suka tinggal dekat rumah Ali jika Ibu datang ke bandar. Ali suka bawa ibu jalan2 padahal aku... aku tak suka jalan2 sebab aku tak punya duit... Lebih baik diam sahaja... Aku balik ni pun tengok ibu sihat pun kira dah bersyukur...


P/s : Agak2... Patut ke atau tak patut Isteri Ali bertindak sebegitu?

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe