Monday, September 26, 2011

Speechless... Workload...

Sejak akhir2 ni saya dah takde mood nak update blog. Maybe ada perkara yang sedang menganggu fikiran saya sekarang ni...

1- Kuiz math : Dah start blur jawab kuiz walaupun banyak kali buat latihan. Maybe tak faham soalan. Hurm...

 Yang pasti, kuiz math aku takdelah macam kat atas ni tetapi lebih kuranglah.
Mungkin aku seorang je kot rasa soalan yang lecture bagi tu sangatlah pelik.

2- Take home quiz Fiqh 1 : Masih tak siap lagi. Padahal nak kena hantar minggu ni. Tak faham soalan juga. Apa beza soalan "Discuss the economics activities that are related to muamalat" dan "Identify and explain the transaction in the activities". No soalan berlainan tetapi maksud soalan lebih kurang sama. Baru je perasan. Nak kena siapkan semua dalam 5 muka surat.

3- Nak kena baca buku microeconomics, foundation of islamic economics, business math, fiqh 1 dan islam, knowledge and civilization sebelum masuk kelas. Kelas dua kali seminggu. Satu minggu satu chapter mesti habis. Kalau tak baca dari sekarang, final nanti memang pengsan nak baca semua topik. Setiap satu topik berpuluh-puluh muka surat. Belum masuk assignment lagi. Pengsan.

4- Masalah nak tukar mahallah. Nak kena tunggu minggu depan untuk tahu result dapat tukar ke tak. Lepas tu nak kena settelkan yuran mahallah. Cepat2lah settel bende alah ni.

5- Nak kena handle progran SerumpuN untuk convest'11. Lagi 13 hari lagi. Yang pasti sepanjang 13 hari ni sangatlah busy dengan nak handle moderator dan bermacam bagai.  Kalau berminat nak pergi seminar kat bawah ni, boleh pm kat saya yek sebelum 30/9. Baca poster dulu dan teliti ya.


P/s : Aku heranlah tengok senior2. Aku tengok diorang relax jer. Takde assignment ke? 
Bersangka baik : Mereka dah siapkan tu. Budak2 genius kata kan...

2 comments:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe