Tengah aku duduk tunggu bas, aku ternampak sister sebelah aku tengah belek surat khabar. Yang lagi best, aku nampak tajuk besar je. Nampak tajuk best tapi tak sempat nak baca. Jeling2 gitu2 je kat surat khabar yang sister tu pegang. Tetiba dia perasan aku duk tengok paper dia, dia buat2 belek helaian lain. Adeh... Teruskan menuggu bas... Hehe... So, aku tekad nak cari berita penuh dan terjumpa artikel penuh dekat Kosmo Online [Link]
Baca buku bukan kerana periksa
KUALA LUMPUR – Penuntut institusi pengajian tinggi harus menjadikan tabiat membaca, meminjam buku dan berulang-alik ke perpustakaan sebagai satu kebiasaan dan bukan hanya untuk lulus periksa semata-mata, kata Profesor Diraja Ungku Aziz (gambar) .
Beliau berkata, ini penting kerana kalau hendak menjadi seorang yang bijak, mestilah selalu membaca buku kerana tiada cara lain yang boleh menggantikan cara ini dalam menambah ilmu.
"Semasa belajar di peringkat sekolah, saya banyak meminjam buku di semua perpustakaan yang saya lawati.
“Malah, semasa saya bergelar seorang penuntut dan juga pensyarah, saya dan kawan-kawan masih suka meminjam pelbagai jenis buku dan yang paling saya minat ialah buku politik dan sejarah.
"Saya sedih melihat penuntut kini hanya membaca buku untuk lulus periksa malah ada juga yang menggunakan isi buku untuk diplagiat bagi menyiapkan tugasan mereka dan bukannya untuk menambah ilmu pengetahuan,” kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu ketika merasmikan Arkib Digital Universiti Malaya Memory di kampus UM di sini semalam.
Bila baca ni, memang kena smash sebijik kat muka ni. Dulu2 memanglah baca buku sebab nak lulus exam je. Terutama buku economics yang tebal macam kamus. Memang tak minat langsung nak baca. Hafal nota sudah. Tapi, bila sudah masuk universiti baru tahu. Mana boleh setakat hafal je. Walaupun dihafal satu buku sebesar kamus tu pun belum tentu boleh jawab exam. Nak boleh jawab exam, kena faham dan pandai mengaplikasikan apa yang dibaca. Tak pandai aplikasi? habislah... Agaknya soalan exam kat uia susah sangat ke?? Hurm...
terasa mak =.='
ReplyDeleteBetul333.... T_T
ReplyDeletehuhu..mmg btol ape yg dperkatakan..tp mungkin sistem pndidikan yg da mngjar kite sbigini rupe..
ReplyDeletehuhu
Walaupun baca buku bukan kerana peperiksaan, Nak lulus cemerang tetap kena baca buku
ReplyDeleteCintailah buku...^^
ReplyDelete