Saturday, September 10, 2011

Best tak belajar di UIA?


Ada benda yang menarik perhatian saya. Ada orang search tentang... "Best tak belajar di uia". Saya pasti ni mesti budak new intake atau budak yang dalam dilema nak pilih sama ada nak ke matrik atau asasi. Sebab dulu pun saya pernah ada soalan sebegini. Tapi takda orang pun nak beri jawapan sehinggalah saya merasai sendiri. Ada tu memang ada. Kena baca kat forum baru dapat. Jadi saya nak tolong jawabkanlah. Moga-moga lepas ini mereka dapat gambaran serba sedikit tentang uia. 

Mengikut pandangan saya dan pengalaman saya yang sudah hampir setahun belajar di uia, saya merasa seronok belajar di uia. Memang best. Apa yang best sangat dengan uia ni?


Bagi pandangan saya (khusus di uia gombak) :

1- Jarak antara kelas, masjid dan pejabat.
Korang nak tahu, masjid uia terletak betul2 tengah2 kawasan uia. Bangunan pejabat, hostel dan kelas, semuanya mengilingi masjid uia. Bila saya sesat, saya cari masjid dulu dan ingat balik laluan mana nak tuju. Jarak antara hostel dengan kelas juga tidaklah jauh sangat. Hanya perlu berjalan kaki 10-15 minit dah sampai kelas. Tak perlu pening2 pikir nak bawa kereta atau motor. Biasanya budak yang bawa motor pergi kelas ni budak lelaki yang mengambil kursus Engineering. Jarak hostel dan kelas mereka agak jauh. Kenapa jauh? Bila korang sudah jadi student uia tahulah kenapa. Bas juga disediakan tetapi hanya untuk mahallah tertentu sahaja.

2- Jadual kelas. (class schedule)
Apa yang bestnye tentang class schedule ni, semua tentang kelas, venue, subject dan lecture kita yang tentukan sendiri. Pihak universiti cuma sediakan guideline dan list subject yang perlu dihabiskan. Korang boleh tentukan nak kelas pukul berapa, nak kelas dekat mana dan nak lecture apa. Korang diberi kebebasan untuk memilih nak ambil subject mana yang korang nak belajar dulu. Tetapi dengan syarat. Syaratnya tak lari dari guideline yang pihak universiti tetapkan dan masih ada kekosongan dalam subject yang korang nak ambil tu. Apa maksud masih ada kekosongan? Bila korang dah jadi student uia tahulah apa maksudnya.

3- Subject itu sendiri.
Apa yang best tentang subject ni? Kat uia, korang bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu dunia sahaja. Ilmu untuk akhirat juga dibekalkan. Korang akan belajar Islamic worldview, Fiqh dan sebagainya. Seronok tau.

4- Language.
Bahasa pengantar di uia ni Bahasa Inggeris. Boleh tajamkan skill berbahasa inggeris.

5- Student yang berbilang bangsa.
Korang jangan terkejut tau kalau ada student luar negara berada dikawasan uia. Ada student dari China, India, Indonesia, Pakistan, Afghanistan, Palestine, Rusia dan pelbagai negara ada di uia. Tujuan mereka juga satu. Mereka juga mahu menuntut ilmu juga. Korang boleh berkawan dengan mereka. No harm.

6- Aktiviti dan kelab uia.
Saya memang suka join aktiviti dan kelab. Memang best. Ada taalim, usrah, kelas mengaji. Aktiviti riadah pun ada. Yang tu kalau korang berminat nak beriadah kena sentiasa alert selalu. Kadang2 mahallah buat aktiviti. Kadang2 ada persatuan yang buat aktiviti. Nak beriadah dengan kawan2 pun boleh. Ada swimming pool dekat female sport complex. Nak berkayak pun boleh. Yang lelaki jangan risau, korang pun ada male sport complex. Padang korang lagi besar dari perempuan punya tau. Hehe

Saya hanya boleh list 6 sahaja. Banyak lagi keseronokan bila belajar di uia. Bagaimana rasa keseronokan tersebut? Itu terletak pada individu itu sendiri. Bagi saya, apa yang saya list ni dikira best sangatlah. Bagi kawan2 saya yang lain mungkin dia list benda yang dia rasa best. Harap entry ini membantu anda. 

68 comments:

  1. seronoknya, takde peluang nak belajar situ :(

    ReplyDelete
  2. Hu... macam best je, nampak macam tenang je belajar dikelilingi gunung- ganang. Ade banyak monyet tak?

    ReplyDelete
  3. @ asyikin : hehe... cubalah sambung belajar lagi...^^

    @ abglan : memg best... monyet pun byk jugak kat sana.. bukan shj monyet, haiwan lain pun ada.. Dah rasa macam tinggal kat zoo...

    ReplyDelete
  4. bestnya... nampak seronok. teringin nak masuk. ada rezeki insyaAllah. tengah menunggu masa jugak. (:

    ReplyDelete
  5. hmm,..nk kol ap ea??akk??bella???hmm..kt uia amek kos ap??

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,sy nk tnye uia ade gym tuk perempuan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam...
      kat uia ada gym utk perempuan...
      swimming pool utk perempuan pun ada gak... :)

      Delete
  7. tumpang tanya ,asasi ilmu pengetahuan berteraskn WAHYU & warisan Islam tu antara kos yg mudah ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang itu saya tak tahu...
      Saya dari kursus ekonomi... maaf ya...

      Delete
  8. salam...belajar bahasa arab kat uia susah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. taklah susah sangat belajar arab kat uia. best...

      Delete
  9. lepas buat asai dekat uia,bila degree boleh sambung kat u lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja. kena isi borang upu balik sama macam budak matrik yang lain..

      Delete
  10. blaja kt uia wajib amek arab ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lepas ujian APT tak perlu ambil arab. Jika tak lepas ujian tu kena ambil kelas arab. Ujian tu kena ambil masa minggu orientasi main campus kecuali pelajar dari asasi uia. Tapi sama juga. Pelajar asasi pun kena ambil kelas arab jika tak lepas ujian APT masa minggu orientasi asasi tapi diorg ambil kelas masa belajar di asasi. Nampaknya macam memang kena basic arab kalau nak belajar uia.

      Delete
    2. ow mcm tu ke . abs tu kalau lpas asasi amek ijazah , still kne blaja arab jgak ke kaq ?

      Delete
    3. kalau dah lepas asasi dan nak ambil ijazah kat uia, tak perlu ambil kelas arab lagi. Nak ambil pun takpe jugak.

      Delete
  11. peraturan kat sini ketat ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm.. Peraturan ketat atau tak...
      Asasi mungkin ketat..
      Main campus tu bermusim...
      kadang2 ketat dan kadang2 tak ketat...
      Ikut jelah peraturannya...
      tuntuk kesejahteraan bersama...

      Delete
  12. mana lagi better ? matrik or asasi uia ?help please :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi akak, asasi lagi better sbb dah comfirm2 masuk u...
      masuk uia lah.. tapi jgn bagi subject fail..
      tak pasal2 duduk kat asasi lama2..

      kalau matrik nak kena stuggle lebih...
      masuk u pun belum pasti.. dah habis matrik kena isi balik borg upu...
      kena dpt pointer tinggi2 kalau nak masuk u yang kita nak...

      Delete
    2. ohh jadi kalau fail boleh sambung lagi and tak kena tendang ?and nak tanya kalau saya amik asasi hayat saya hanya boleh sambung biotech dengan bioperubatan sahaja kat uia ke ?sorry ye banyak tanya :)

      Delete
  13. akak nak tanya ,selalunya soalan APT tu tanya pasal apa ye ?saya ada basic bahasa arab tapi setakat pmr je la .nie nak tanya la bentuk soalan dia sebab boleh la buat revision sikit .hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dah tak berapa nak ingat..
      Biasanya diorg tanya basic2 je macam tatabahasa dlm bahasa Arab, buat ayat pendek, susun ayat, isi tempat kosong.
      untuk persiapan awal mungkin boleh buat revision tentang tatabahasa dlm bahasa arab. utk lebih info mungkin masa taaruf week akan diberi tahu.

      Delete
    2. okey akak .terima kasih ye

      Delete
  14. Akak , di UIA , jenis tudung apa yang dibenarkan ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis tudung kena ikut ciri2 Rasulullah tetapkan.
      Tudung litup menutupi dada dan labuh sedikit di bahu.

      tetapi sayangnya ada segelintir tak mengikutinya.

      Delete
  15. Salam akak, sy nak tanya dekat uia ni kan semua jadual belajar kita yang aturkan kn.. jadi kita boleh pendekkan tempoh pengajian tak? contohnya daripada 4 tahun ke 3 tahun ke? hehe..thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... maaf sbb reply lmbt. Jadual kat uia ni memg pelajar yg aturkan. kita ada pilihan utk percepatkan tempoh belajar atau melambatkan tempoh belajar. Cuma dikenakan byran jika percepatkan pengajian kerana mengawalkan tempoh belajar dari tarikh yang sepatutnya. Jumlah bayarannya tidak pasti. mungkin bayaran untuk yuran pengajian setiap semester. :)

      Delete
  16. satu lagi kan akak, kalo ekonomi b- je layak tak nak amek kos ekonomi?..atau pun bussiness administration?? sbb sy ingt nak tukar kos kepada kos2 yang sy tanyakan tu :) thx :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu akak tak pasti. cubalah apply atau semak kembali requirement yg diperlukan untuk kos ekonomi mahupun business administration. nak lebih detail, bertanya sendiri dengan kerani di general office KENMS. :)

      Delete
  17. salam akak, kalau lepasan asasi uiam nk sambung degree dkt uia ambik masa brapa tahun untuk habiskan degree, 3 atau 4? contoh mcm degree in engineering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam akim, berapa tahun untuk habiskan degree tu terpulang kepada individu tambah lagi jadual kuliah disusun sendiri. Selama akak belajar dan bergaul dengan kawan2 yang ambil engineering, jarang yang habis dalam masa 3 tahun. Kebanyakkannya 4 tahun atau 3 tahun setengah. Paling lama pun 4 tahun je.

      Delete
  18. salam akak , klau masa awal2 masuk degree tu nak tukar kos boleh tak n macam mana caranya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. akak tak pastilah dik.Baik adik tanya kat pihak pengurusan uia untuk mengetahui lebih lanjut. Lagipun akak batch lama. Takut informasi dah outdated.

      Delete
  19. Salam kak, saya lepasan diploma dan bakal daftar untuk degree inshaAllah. Masa mendaftar nanti memang kena pakai tudung putih and kain putih ke ya? Terima kasih. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak... Dah expired komen ni. Baru jenguk blog... Hehe
      Selamat menempuh alam baru Ainur Nor...

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ummu Hani, kalau bi dapat D tu agak payah sikit nak apply masuk uia. Ikut pilihan ummu sama ada ummu nak cuba apply juga uia atau apply mana2 institusi yg setanding dengan kelayakan spm. byk cara nak masuk uia sama ada melalui asasi, diploma atau stpm. Stam pun boleh guna utk apply uia. :)

      Delete
  21. Salam kak. Kalau lepasan matrik or diploma uni lain ada peluang tak nak sambung degree di uia ? Thankyou.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam syud. haha... maaf sebab reply lambat comment kamu..
      berbalik dari soalan kamu, insyaAllah kalau ada rezeki dan result kamu bagus ada je peluang untuk sambung kat uia. :)

      Delete
  22. assalam..sy nk tnye,sy dpt kos asasi ilmu wahyu brteraskn quran sunnah dI uia..boleh sy tahu adakah lecturer yg mngajar subjek2 dlm kos trsebut memberikan kuliah dlm bahasa arab? hrap jwpan yg secepatnye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Akak xpasti dgn kos ilmu wahyu ni. Mungkin ya dan mungkin tidak. Maaf. Akak dulu ambil kos ekonomi masa kat asasi dulu. Xsempat nak menanya tentang kos ilmu wahyu kat kawan2 yg ambil kos ilmu wahyu ni.

      Delete
  23. Salam akak. Saya nk tanya stud uia gombak slalu kuar beli barang ngn jenjalan kt mana? mcm uia pj, ada midvalley :) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Selalunya pelajar uia yg xde kereta sendiri selalu keluar kat wangsawalk, jusco wangsamaju, klcc, masjid jamek, sogo, pasar seni, ampang park, kl sentral atau kat ong tai kim. Kiranya tmpt2 yg senang dituju melalui public transport sama ada lrt atau bas rapid u12. Kalau ada kenderaan sendiri tu lg jauhlah dia berjalan.

      Delete
  24. akak,sy nk tnya uia ade cwgn di Pagoh ke..n klau ade dia utk course apa ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pula. tak pernah dengar pula saya. hehe

      Delete
  25. As salam kak . Kalau student accounting (girls) akan duduk mahallah mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... Ikut tahun masuk uia. Batch tahun akak duduk kat mahallah sumayyah. Batch adik2 pula duduk kat mahallah safiyyah. Ada pula batch baru masuk duduk kat mahallah halimah.

      Delete
  26. Assalamualaikum kak. di uia, kita boleh pakai tudung bercorak berwarna warni tak? And ada ke hari yg dikhususkan untuk pkai tudung putih? Mcm di cfs, we must wear plain colour tudung only and white tudung every rabu. Second question, kita dpt mahallah secara random or depends on course? Ada big chance tak untuk dpt sama bilik dgn students of the same course? Sorry for the trivial questions. im just curious. Hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh tapi jangan terlalu "meriah" sangat warna dan corak tudungnya. Penempatan kat mahallah tu random. Kalau jodob awk dgn kawan awk kuat dapatlah satu bilik ataupun blok. Biasanya satu mahallah ramai yg sama kursus. Tapi kadang ada juga jadi minority duduk kat mahallah lain. Itu semua nasib dan ikut batch masuk bila. Haha

      Delete
  27. Akak nak tanya, memang first first masuk uia ni kena ambil arab dgn english test ke? Ada tak uia buat syarat lain sebelum masuk ke uia? Macam kena bac al quran,tajwid and jawi? Saya tak ada basic arab langsung masih layak ke masuk ke uia? Saya nak sangat continue study dalam asasi econs.terima kasih kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,test arab dan english memang kena ambil. Test baca Al-Quran pun ada. Jangan risau. Tidak mengapa kalau xlepas ujian. Nanti ada kelas pemantapan bahasa dan membaca Al-Quran. Adik masih ada peluang walaupun xde basic. Akak pun sama masa mula2 masuk. Yg penting semangat dan ingin majukan diri tu perlu ada. Keep it up and don't give up.

      Delete
  28. Assalam. kak, nk tanye. Mahallah tu ape ? and uia nie u swasta ke or gov ? klu sy nk masuk uia tapi xde basic langsung dlm arabian language blh ke masuk ? sbb sy sklh kat sklh menengah biase2 je , bkn dri sklh agama . tq kak . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh aje kalau adik nak masuk. Akak dulu pun dari sek menengah biasa. Jangan risau. Adik akan belajar bahasa arab tu. Takpe kalau takde basic. Uia ni separuh gov separuh swasta. Haha

      Delete
  29. Akak amek accountin?boleh x saya nak tahu apa kelebihan ambik accounting di uia berbanding dengan local uni yg lain....terima kasih

    ReplyDelete
  30. Assalam . nak tanya alaa lupe pulak nk tnye ape . tnye soalan lain dulu la yer . ad sukan badminton tak kat uia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Untuk kelab dan persatuan tak pastilah.
      Kalau main untuk riadah atau suka2 ada je geng.

      Delete
  31. assalamualaikum akak.
    nak tanya, untuk asasi wahyu islam di uia menggunakan bahasa pengantar bahasa arab ye? atau bahasa inggeris?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam dik. akak tak pasti sebab akak tak ambil kursus tu kat uia.

      Delete
  32. Assalamualaikum akak,sy drpd sn tulen n dh msuk upm, tp sy buat rayuan ke uia utk asasi econs n dh kluar dri upm, susah x asasi econs ni utk bdk sn mcm sy kak? Asasi pn boleh pilih ye nk pilih kuliah tu smua? N tahun ni bdk asasi econs tggal kat mahallah mane eh, sy nk mntk fon number akak boleh x, sy nk tnye2 lg huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik. byknya soalan. haha.
      Apa2 kursus pun susah dik. Yang penting adik sanggup atau tidak nak belajar. Semoga berjaya ye dik.

      Delete
  33. Assalamualaikum kak,,sye nk tnye,,sye ni kaki patah,,jln kena pkai tongkat,,akak rse ade kemudahan ape2 tak utk sye nnti?sye akan transfer di uia gombak 17 jun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik. Ada shj kemudahan kat sana.
      Cuma kena tanya elok2 kat offficer kat sana.

      Delete
  34. Assalamualaikum kak,akak dah habis ke belum degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik. Akak dah lama habis degreenya. :D

      Delete