Wah... Ramai geng2 bilik aku kat asasi pun daftar esok. Aku jadi senior? Senior lah sangat. Takat beza 1 semester je. Tapi aku teruja nak balik main campus dengan azam baru. Azam nak baiki diri. Ada hikmah kenapa result aku down semester lepas. Supaya aku tak lupa diri dengan keselesaan yang ada disekeliling aku. Kalau dah berada zon selesa ni yang payah. Terlalu selesa sampai hilang motivasi nak belajar.
Seperti kata my cousin : "Sesungguhnya zon selesa amat tidak bagus untuk pelajar"Disebabkan aku begitu selesa sebelum ni, jadi semester baru ni aku nak susahkan diri pula. Antara benda aku nak menyusahkan diri yang malas nak belajar ni :
Maksud zon selesa disini ialah apabila pelajar merasakan sudah cukup confident untuk exam walaupun sudah seminggu tak pegang buku
1- Tak payah on laptop melainkan assignment sahaja. Tak payah nak on facebook, twitter, nuffnang, churpchurp, says dan blog. Kiranya aku berehat dari aktiviti bersosial di alam maya ni. Kalau dah nak pecah kepala sebab terlalu banyak idea nak tulis kat blog, simpan dekat word semua benda yang aku nak tulis tu. Nanti bila dah cuti semester berbulan-bulan, aku copy,paste and publish. (Itulah dulu2 ada internet aku buat kerja tak berfaedah, bukan nak belajar... Padanlah dengan muka sendiri)
2- Jangan nak mengedik nak cari nota kat internet. Aku bukan baca pun nota-nota tu. Memang tak sempat pun aku nak baca sebab sibuk dengan asignment yang bermacam jenis dengan homework. Nak sangat nota, aku kena baca balik buku text tebal macam kamus tu. Ataupun pergi library cari info. Kan lecture bagi course outline. Aku cari nota berdasarkan buku yang lecture recommend tu. Pergilah cari seharian kat sana. (Itulah dulu2 ada kemudahan nak cari nota, aku pula guna kemudahan buat benda lain).
3- Jangan overconfident ya. Aku ni bukan budak genius.
4- Guna masa yang ada sebaiknya. Masa itu emas. Malah lebih bernilai dari emas.
5- Main point... Tukar mahallah. Biar lagi jauh dari kelas. Bilik makin sempit. Plug ada satu. (Padanlah muka. Dulu2 bilik dekat dengan kelas makin malas nak belajar.. Biar rasa susah sikit nak belajar. Sekarang rasakan)
6- Puasa internet. Nak buka internet kena berada dibawah kawalan rakan2. (maksudnya untuk cari info pasal assignment sahaja dibolehkan)
Siapa sangka. Nak jadi pelajar universiti bukannya senang. Banyak juga cabaran dan dugaan malah lebih lagi. Lagi seronok jadi budak sekolah. Buku latihan berlambak kat pasaran. Kamu nak penerbit apa? Sasbadi? Oxford? Cerdik?... Murah lagi tu. Kalau latihan untuk pelajar universiti tadak. Ada memang ada tapi mahal. Semua import dari luar negara. Antara penerbitnya Mc Graw Hill, Pearson dan bermacam nama pelik yang aku tak pernah dengar.
Itu baru cerita pasal buku, belum lagi cerita pasal lecture... Kalau cerita alamatnye panjang berjela entry ni. Tapi memang jauhlah nak dibandingkan dengan cikgu sekolah. Itulah cabaran yang terpaksa ditempuh. Tiada istilah aku hafal aku dapat A. Tapi yang sebetulnya aku faham, fokus dan aplikasikan sesuatu baru aku dapat A. Dan yang paling penting hormat pada lecture dan guru-guru anda. Tanpa mereka, kita tak reti menulis, membaca dan mengira macam sekarang ni. Tak wujudlah blog ni kalau cikgu dulu2 tak mengajar A B C waktu mula-mula sekolah dulu. Jangan lupa pada Allah. Jaga hubungan kita dengan Dia. InsyaAllah semua berjalan dengan lancar.
P/s : Moga2 azamku kali ini tercapai. Nak tahu tercapai ke tak tengok result exam. InsyaAllah.
hoho...good luck exam:)hehe
ReplyDeletejadi pelajar u memang tough :)
ReplyDeletep/s : gudluck! XD
@ yayath : Terima kasih...^^
ReplyDelete@ Keroro : Betul tu... Terima kasih...^^
nabila, i like your point number 5.
ReplyDeleteall the best buddy~~
alhamdulillah usaha yang baik :)
ReplyDelete@ Nani : Hehe... I like that tooooo...
ReplyDelete@ iMBobo : Mudah mudahan... Amin...
nabila. knl sy lg?? moga2 azam awk tercapai...
ReplyDeletesy jugak punya azam y sama dgn awk(",)
Hehe... Kenal lagi lar...^^
ReplyDeleteSemoga azam kamu juga tercapai...
Jumpa kat gombak ek...
cayouk! cayouk!!
ReplyDeletego! go! go!
ReplyDeletehehehe ;p
moga sukses ye. ;)