Apa yang anda tahu tentang Asasi UIA? Asasi uia ni seakan2 matrikulasi tetapi dibawah UIAM. Kadang2 Asasi UIA ni orang panggil cfs iium. cfs tu bermaksud Centre Foundation Study IIUM. Cara nak masuk, skor gila2 masa SPM tapi yang penting masa nak apply UPU kena pilih UIA first choice. Memang akui UIA sangat tekankan Bahasa Inggeris. Sekurang-kurang BI tu C. Tak perlu rasa rendah diri kalau tak reti bahasa inggeris. Bila korang dah masuk asasi ni anda akan dilatih dan diajar untuk menjadi pakar bahasa inggeris. Tak jadi pakar pun boleh lar speaking sikit2. Ada cara lain nak apply asasi ni tapi tak beberapa pasti. Yang best kalau masuk asasi UIA ni lepas graduate korang memang akan masuk UIA melainkan korang apply universiti lain semasa korang masih belajar di asasi UIA. Kiranya korang tak payah pening2 pikir nak masuk universiti mana lepas habis asasi.Sebelum anda meneruskan membaca post ini, anda diingatkan bahawa informasi di post ini mungkin sudah tidak sesuai untuk intake asasi yang terbaru. Post ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dari semester 1, 2009/2010 hingga semester 1, 2010/2011. Harap maaf. Mungkin informasi dibawah sekadar pengetahuan sahaja. Selamat membaca.
cfsiium PJ |
Pasal lokasi asasi UIA, ada orang masih keliru dan percaya yang UIA cuma ada asasi di Petaling Jaya sahaja. Sebenarnya UIA mempunyai 2 tempat asasi buat masa sekarang. Pertama yang telah sedia maklum di Petaling Jaya,Selangor dan sebuah lagi di Nilai, Negeri Sembilan.
Asasi UIA di Petaling Jaya menempatkan pelajar yang mengambil aliran sains dan undang2. Aliran sains seperti engineering (ENGIN), MEDIC, Pharmacy, Dentist, Architecture dan sebagainya. Satu-satunya aliran sastera yang ada disana ialah LAW.
cfsiium Nilai |
Yang dekat Nilai ni ramai orang tak tahu. Ada beberapa orang senior yang kurang arif tentang asasi UIA Nilai tetapi ada juga senior tahu pasal asasi UIA ni. Asasi Nilai menempatkan pelajar yang mengambil aliran sastera seperti bachelor arabic language(BAR), bachelor english language(BEN), islamic revealed knowledge/ilmu wahyu (IRK), human science (HS) dan economics and science management (ECONS).
Tempoh belajar di asasi UIA macam mana ek? Asasi UIA ni agak istimewa sikit. Ada budak tu habis setahun, ada yang 1 tahun setengah dan ada yang 2 tahun. Tempoh belajar di asasi UIA ni ditentukan oleh tahap bahasa korang. Untuk pengetahuan anda di asasi UIA menekankan 2 bahasa iaitu bahasa arab dan bahasa inggeris. Sebelum anda memulakan pelajaran di asasi, anda wajib menduduki ujian bahasa. Ujian ini akan menilai tahap bahasa korang.Ujian ini dipanggil (arabic test) APT dan (english test) EPT. Kalau korang lulus dengan cemerlang, korang ada harapan untuk habis asasi setahun. Tapi korang punya result kurang memberangsangkan korang akan habis asasi dalam masa 1 tahun setengah atau 2 tahun. Yang menyebabkan korang habis lambat kerana adanya kelas bahasa. Sebab lain korang boleh lambat habis asasi kerana ada subject yang kena repeate yang tak sempat di cover selama anda belajar di asasi.
Nak dengar cerita pasal hari orentasi? Budak UIA panggil hari orentasi sebagai taaruf week. Taaruf maksudnya pengenalan, bersua kenal. Dalam taaruf week tu kita berkenalan dengan budak2 kursus lain, tentang asasi, tentang UIA, serba sedikit budaya UIA dan macam2 lagi. Minggu tu juga adanya test APT, EPT dan Fardhu Ain test. Apa bende pulak fardu ain test ni? Ni test nak menentukan korang dapat study circle atau tilawah. Study circle ni macam usrah. Setiap satu kumpulan study circle ada naqib untuk kumpulan lelaki dan naqibah untuk kumpulan perempuan. Tilawah pula macam kelas tilawah, belajar tajwid dan belajar pasal A-Quran, Yang ni dikendalikan oleh ustaz dan ustazah. Masa taaruf ni semua budak intake baru tak kira aliran sains dan aliran sastera disatukan dan dibuat program taaruf bersama di asasi UIA Petaling Jaya. Selepas habis taaruf week semua budak sastera selain LAW akan pindah ke Nilai untuk memulakan sesi pembelajaran di campus masing2.
Untuk lebih info click disini.
New!!! New update about location asasi UIA. [Link]
P/s : Bagi adik2 yang bakal menduduki exam EPT dan APT, disini saya recommend kamu untuk pergi ke blog ordinaryguy. Disana informasi dia agak uptodate jugak dan terdapat banyak lagi info yang berguna dan perlu adik tahu sebelum menjejak kaki atau sudah berada di Asasi iium. Di blog itu juga menyediakan soalan sample untuk exam EPT dan APT. Adik kena ingat. Itu soalan sample sahaja. Jangan expect yang soalan dan format dia sama sebijik macam sample soalan. Format exam APT dan EPT mungkin berubah dan adik kena peka dengan perubahan itu masa taaruf week. Jadi masa adik bertaaruf tu, adik kena sentiasa alert dan fokus dengan informasi yang bakal disampaikan oleh lecture dan officer Asasi iium itu sendiri....