Sunday, April 24, 2011

Sekarang baru aku tahu...

   Betapa susahnya nak mendekati budak2 zaman sekarang. Tak payah fikir jauh2. Adik2 sendiri pun dah cukup. Aku mempunyai kelebihan melihat perkembangan ini kerana jarak umur aku dengan adik aku agak jauh. Aku dapat melihat perkembangan mereka bersama rakan2 seusia mereka. Rakan yang aku lihat bukan satu sekolah dengan adik tapi berlainan tempat  Setiap orang mempunyai perwatakan berbeza. Yang menariknya perwatakan itu sama mengikut kawan yang lahir sama tahun dengan adik aku. Ni bukan kerana pengaruh kawan. Memang sikap dia macam tu. Masa kecil diorang baik je. Dengar cakap. Ikut saja perintah mak. Tapi bila dah besar, mula nak mementingkan diri sendiri. Tak nak tolong mak.

   Bila aku bandingkan kisah zaman kanak2 mak dengan bapak aku dengan zaman kanak2 budak sekarang sangat berbeza. Aku akui yang beza dulu takdela teknologi secanggih sekarang. Sekarang ada komputer, telefon bimbit, blackberry dan internet. Zaman dulu2 diorang main game real. Mainan diorang kena buat sendiri. Kiranya orang dulu2 kreatif. Diorang main ramai2. Kalau boleh budak satu kampung nak diajak main. Zaman sekarang main game. Semua atas jari. Selagi jari tak sakit main game dari pagi sampai malam main je game tu. Tak nampak langit pun takpa. Kalau yang jenis suka berkawan, buka facebook, myspace, chat dengan orang. Semua secara maya. Bukan face to face. Budak umur 5 tahun pun tahu facebook tu apa.


   Selain itu, aku lihat budak zaman mak bapak aku diorang sangat rajin. Mungkin sebab diorang pernah merasa susah. Diorang buat kerja sekolah sendiri. Takdela mak bapak bising2 suruh buat. Mungkin faktor cikgu dulu2 garang2. Sebab tu budak takut. Kalau budak kena rotan dengan cikgu pun mak bapak diorang sokong sangat. Dengar je anak report kat mak bapak yang dia kena rotan silap2 dia kena "piap" dengan mak bapak dia. Yang pasal kerja sekolah aku sangat kagum dengam mak dengan bapak aku. Datuk nenek aku mana reti membaca menulis malah tak tahu pun ada kerja sekolah. Tapi si anak ni jujur. Dia buat jugak kerja sekolah. Budak dulu susah sangat. Tapi diorang pandai menghargai setiap ilmu dan buku yang diorang ada kerana barang2 yang berkaitan pelajaran ni memang susah didapati dan tak mampu untuk dibeli akibat faktor kemiskinan.

   Berbeza dengan budak zaman sekarang. Mak bapak dah belajar sampai Phd tapi si anak tak manfaat pun ilmu yang mak bapak ada. Sekurang-kurang boleh dijadikan rujukan kita. Budak sekarang lebih selesa MENIPU dari berkata benar untuk mengelak kerja kurang baik dia ketahuan. Tapi dia lupa yang menipu tu kesan dia lebih teruk dari berkata benar. Segala yang berkaitan dengan sekolah memang kurang diminati oleh mereka. Tetapi benda yang berkaitan dengan hiburan, kartun, televisyen dan game memang sangat diminati mereka. Nak mengadap game lama2 tak tidur pun takpe tapi bila suruh baca buku mulalah ngantuk, nguap la, macam2 helah keluar sebab nak habis baca buku cepat. Diorang juga kurang menghargai buku2 tulis, buku2 teks yang telah diberikan kepada mereka. Buku tulis kalau boleh nak buat buku conteng je semua. Kalau buku teks dah la percuma tak nak pula bawak waktu pelajaran. Kalau boleh takyah bawak apa2pon masa nak pergi sekolah. Dengan cikgu pun dah tak tahu nak hormat. Nak dibandingkan cikgu dulu2 cikgu sekarang lebih baik.

   Aku teringat kat seorang cikgu aku dulu2. Dia cakap budak sekarang lebih menghargai sesuatu benda kalau dia bayar sendiri yuran @ buku dengan wang yang diorang keluarkan sendiri. Kalau dikasi percuma @ pinjam diorang kurang menghargai benda itu. Ini bukan cerita dongeng. Aku melihat sendiri kata2 cikgu ni ada benarnya. Aku dapat lihat pelajar sekolah lebih memilih untuk pergi tusyen dari kelas tambahan yang cikgu buat. Memang dari satu segi yang lain dia dapat tambah @ refresh dia punya ilmu kat sekolah. Tetapi kualiti dia. Sama ke kualiti cikgu mengajar di sekolah dari cikgu tusyen mengajar? Cikgu tusyen tahu ke silibus pembelajaran setiap tingkatan @ darjah? Apa kelayakan cikgu tusyen tersebut? bekas guru @ student universiti yang mengajar secar part time?

   Apa yang aku lihat sekarang agak susah untuk membentuk budak2 sekarang kearah lebih baik. Padanlah guru2 sekarang cepat naik berang kerana sikap pelajar sekarang. Apa yang aku boleh buat. Aku nak kikis sikap suka bohong kat adik aku ni. Aku nak dia jadi lebih jujur. Aku nak dia tahu nak uruskan diri sendiri. Jangan nak tunggu mak bapak pegang rotan, belasah teruk2 baru tahu nak urus diri sendiri. Kita dah berada zaman moden. Cara yang berkesan untuk mendekati golongan ini slow talk dengan diorang. Tanya apa masalah. Umpan benda yang dia suka kalau nak suruh dia buat kerja rumah. Dan yang penting kawal sikap cepat naik angin tambah aku ni memang hot temper. Diorang senang je nak didih darah orang tapi ikut kebijaksanaan kita bagaimana nak kawal. Diorang tak akan dan never ikut cakap kita kalau kita asyik marah2 dengan sikap dia. Itu akan membuatkan kita sakit hati dengan perangai mereka. Aku dah banyak buat experiment kat adik aku. Jalan terbaik dekati dia, slow talk, rapat dengan dia dan jangan cepat naik angin kalau dia ada buat benda yang tak baik. Setakat ini ni je yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe