Sebelum membeli HDD portablel ada baiknya kita memperhatikan beberapa perkara iaitu:
1. Kapasiti (kapasiti simpan fail maksimum).
Kapasiti simpan harddisk portabel berbeza-beza, bermula dari 40GB hingga 500GB. Namun kini juga sudah muncul harddisk portabel yang daya tampungnya mencapai 1,5 TB (terabyte). Jika anda banyak bekerja dengan fail video dan grafik, kami cadangkan untuk memilih harddisk portabel dengan kapasiti terbesar yang boleh anda beli. Harddisk portabel yang ditujukan pada notebook / mini notebook hadir dalam dua saiz: 2.5 "dan 1.8". Namun anda juga tidak dilarang memilih yang berukuran 3,5 ", walaupun yang satu ini lazimnya ditujukan pada PC desktop. Tentu kemudahan membawa-bawanya akan berbeza. Selain itu, harga harddisk portabel 1.8 "pasti lebih mahal berbanding yang 2.5", walaupun kapasiti sama.
2. Harga
Kalau boleh korang survey sikit harga barangan yang korang nak beli tu dengan tempat lain, maybe lagi murah. Walaupun kat pc fair, jangan ingat semua murah. Ada je peniaga yang tunggu nak kencing korang.
2. Harga
Kalau boleh korang survey sikit harga barangan yang korang nak beli tu dengan tempat lain, maybe lagi murah. Walaupun kat pc fair, jangan ingat semua murah. Ada je peniaga yang tunggu nak kencing korang.
3. Kelajuan putar drive
Kelajuan putar cakera sebahagian ditentukan oleh kelajuan laju data, dan dinyatakan dalam rpm (rotation per minute).Umumnya harddisk portabel berputar pada kelajuan 5400rpm.Tapi lebih baik jika kecepatannya mencapai 7200rpm.
4. Besar buffer atau cache
Besarnya buffer mewakili jumlah memori yang di-cache, atau disimpan yang dpt ditangani oleh sebuah drive ketika menanti permintaan (request) berikutnya dari sistem. Besarnya buffer berkisar dari 2MB - 16MB. Semakin besar saiz buffer, semakin banyak data yang boleh disimpan dan semakin cepat penghantaran datanya. Namun semakin besar saiz buffer yang dikemaskan sebuah harddisk portabel,semakin mahal pula harga harddisk portabel tersebut.
5. Ciri-ciri Recovery
Pilihlah harddisk portabel yang dilengkapi dengan ciri-ciri backup and recovery. Ciri ini berguna di saat file-fail anda mengalami kerosakan data akibat hilangnya arus elektrik secara tiba-tiba, atau pun akibat serangan virus. Melalui ciri-ciri recovery, anda akan dapat memulihkan data yang hilang / rosak.
6. Kemampuan PnP (plug and play)
PnP (plug and play) ialah harddisk portabel digunakan tanpa perlu pemasangan driver atau software. Kemampuan PnP khususnya diperlukan jika anda menggunakan satu harddisk portabel di beberapa komputer - PC di pejabat, di luar pejabat, atau di rumah. Tapi untuk beberapa hardisk external juga menyediakan software yang dpt diinstall supaya kita dapat menikmati ciri-ciri yang disediakan dari HDD tersebut.
7. Tahan Lasak
Ada external hard disk tahan lasak macam keluaran transcend. Tahan lasak ni jugak penting, untuk memastikan hard disk korang tak rosak kalau jatuh sikit-sikit. Jangan korang buat main baling kat dinding memang rosak la.
7. Tahan Lasak
Ada external hard disk tahan lasak macam keluaran transcend. Tahan lasak ni jugak penting, untuk memastikan hard disk korang tak rosak kalau jatuh sikit-sikit. Jangan korang buat main baling kat dinding memang rosak la.
8. Warranty
Warranty ni penting kalau external hard disk tu rosak sebab natural damage. Bukan sebab korang buat atau sebagainya, kalau boleh external ni kita nak pakai lama. Tak mau la pakai 2-3 bulan dah rosak ape la. Nanti kita juga yang rugi file yang banyak dalam hard disk tu. Pastikan juga alamat kedai jika membeli di PC Fair. Kurang2 tau jgak nak cari siapa kalau ade problem kat HD.
Antara sifat sifat external hard disk yang perlu anda tahu:
- Sensitif (mudah merajuk kalau dia manusia..hehehe).Sifatnya tidak boleh terhempas atau terjatuh.Disebabkan ianya boleh diubah sana sini tidak seperti internal hard disk yang berada dalam cpu diskru dan stabil kedudukannya.
- External hard disk mudah terdedah pada peluh,tangan berair dan sebagainya.
- Tidak boleh berdebu berhabuk.simpan dalam tempat yang bersih dan selalu jaga kebersihan ye.Macam orang kena mandi.
- Usia hard disk- jika sudah lama dipakai dan dibawa keluar masuk segala macam data,spinning progressing berkurangan.
- Tidak boleh panas sangat- external hard disk tak seperti internal hard disk yang ada kipas dah
Bagaimana kalau external hard disk tu sudah kita jaga rapi, ditatang bagai minyak penuh tapi rosak le jugak..antara faktornya mungkin:
- 1.kecacatan semasa pengeluaran
- 2.kecederaan masa penghantaran/packing
- 3.cara cara pekedai tu jaga hard disk tu di kedai..samada dia jaga ok ke tak.
- 4.Terlalu banyak kali format- akan memendekkan usia HDD.
Contoh2 brand external hard disk.
Sebelum buat keputusan tuk membeli hard disk,kaji dulu @ amalkan tips2 diatas. Jadilah pengguna yg bijak.
1-western digital (WD)
2-seagate
3-maxtor
4-buffalo
5-transcend
P/s: entry diatas hasil dari pencarian di internet. Jika tersalah @ nak tambah info sila comment. Tak salah kalau kongsi ilmu... ^_^
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe