Sejak mula kelas ICT dari awal sampai habis satu semester ilmu aku tentang gadget, computer dan segala benda yang berkaitan dengan technologi semakin bertambah. Sebelum ni aku ada pasang niat nak tambah RAM baru kat laptop kesayangan aku ni. Tambahan pula laptop ni dah berusia. Tapi aku sayang sangat dengan laptop ni. Walaupun aku adalah user yang ke-3 tapi inilah satu-satunya harta yang aku ada.
Lazimnya kalau laptop lama ni orang pakai Window XP sebagai operating sistem dia. Tapi sejak ada Window7 ni dapat juga aku merasa benda baru walaupun laptopnya dah lama. Laptop yang ada intel chip Celeron masih bolah install Window7. Walaupun laptop aku dapat beroperasi pakai Window7 tapi laptop aku tak cukup RAM pulak nak menampung segala task yang aku command. Aku ni nakal sikit. Dah tahu RAM tak cukup semua software aku nak buka. Kadang2 sampai komputer aku tak responding. Memang la Window7 disertakan virtual memory untuk menampung RAM yang tak cukup. Virtual memory ni sebahagian memory yang diambil di hard disk untuk dijadikan simpanan sementara kalau RAM tak cukup. Tak beberapa elok kalau terlalu bergantung dengan virtual memory.
Jadi sebelum aku merancang tambah RAM kat laptop aku ni aku cuba tanya bapak aku. Dia pakar dalam hal komputer. Dia cakap laptop tak berapa sesuai nak tambah RAM tambah laptop aku model lama sebab nak cari RAM untuk model laptop aku agak susah. Biasanya pembuat laptop dah setting RAM yang susuai mengikut jenis chip laptop tersebut dengan model yang diorang nak pasarkan. Kalau chip yang dimasukkan itu cuma boleh menampung 1GB RAM, diorang akan masuk RAM 1 GB. Kalau masih nak tambah juga silap2 laptop tak dapat beroperasi dengan baik dari sebelumnya atau tiada perubahan yang berlaku. Selalunya orang yang guna desktop computer nak tambah RAM . Manufacture dah sediakan tempat khas untuk tambah RAM. Tetapi nak tambah RAM kat desktop pun kene ikut jenis chip dia juga.
Kesimpulannya, kalau nak tambah RAM kena tengok:
1- Maximum chip tu boleh tampung RAM tersebut.
2- Nak tambah RAM kat mana? Laptop atau Desktop
3- Berbaloi tak kalau tambah RAM lagi?
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe