Terguling-guling aku gelak. Nak tau kenapa? Sebab aku baru dapat e-mail dapat duit berjuta-juta. Macam seronok pulak dengar tetiba takde ribut taufan dapat duit banyak. Diorang ni terpaksa sangat2 ke nak personal detail orang. Agak2 apa diorang nak buat dengan kita punya personal detail kita ek.
Kita selama ni tak sedar yang kita banyak mendedahkan identiti kita di alam maya. Kita mudah memberi e-mail di website yang entah siapa ownernya, gambar2 cun kita di laman social, segala bende yang berkaitan dengan diri kita seboleh-boleh mahu cerita kat alam maya ni. Perkara ini sangat merbahaya terutama untuk kaum hawa.
So what should we do?
1-Kalau nak bagi e-mail kat website, kita kena tau siape owner website tersebut. Apa tujuan dia nak e-mail kita. Walaupun ia kelihatan remeh tapi penting untuk mengelakkan spam e-mail inbox kita penuh. Memang e-mail yang diorang bagi setakat iklan atau cerita dongeng yang membuat kita terperangkap untuk mendedahkan identiti kita. Tapi tak lupa juga mereka boleh bagi virus melalui e-mail. So berhati-hatilah.
2-Kalau nak tunjuk gambar2 tu tengok la tempat. Gambar yang hendak ditunjuk janganla terlalu cun sangat. Nanti ada orang spam baru tahu. So berpada-padalah.
3-Jangan sesekali mendedahkan nombor akaun @ nombor kad kredit kita sewenang-wenangnya. Ni antara detail yang sangat2 hangat dipasaran. Mereka boleh buat macam2 kalau dah dapat detail ni. Diorang boleh sedut duit korang sampai kering. Kalau nak shopping online,digalakkan untuk gunakan kad kredit daripada mengunakan kad debit. Baru2 ni terdengar khabar angin yang mengatakan yang kad debit da ada limit macam kad kredit. Kalau betul boleh shopping pakai kad debit.Bayar tunai bila nak shopping. Baru seronok.
Sebenarnya banyak lagi yang patut dan tak patut dibuat masa nak dedahkan identiti kita di alam maya ini. Bertindaklah dengan bijak dan berfikiran waras dalam sesuatu tindakan supaya diri anda selamat. Tapi jangan la terlalu was2 sampai nak isi borang biasiswa pun takut. Berpada-pada dalam melakukan sesuatu urusan. Kalau ada nak tambah sila comment dibawah...^_^ terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe