Sunday, April 24, 2011

Belajar dari Alam-Si Putih.

   Saya ada seekor kucing yang bernama putih (macam buat ayat sekolah rendah). Dia sangat manja kalau masa dia lapar. Dia akan dekat2 dengan tuan dia, mengeriau kat tuan dia suruh bagi dia makanan. Kita bela dia sejak kecil. Dia kucing pertama yang berjaya menjadi haiwan perliharaan kitorang. Alasan kenapa tetiba bela kucing? Ini kerana adik lelaki aku yang selalu sangat nak main kucing jiran sebelah. Sampai mintak kebenaran kat tuan kucing rumah sebelah nak pinjam kucing untuk bermain-main. Jadi terpaksala minta kucing dari kawan kepada adik aku untuk penuhi permintaan adik aku yang bongsu ni. Dulu2 dia makan makanan kucing segera. Makanan ni banyak di pasaraya. Sekarang dia dah besar. Dia punya selera pun da besar. Dia nak makan ikan. Dah nama kucing mesti makan ikan.


    Aku dah perhati lama gelagat kucing ni. Bila dia lapar atau nak dekat waktu makan dia, dia mesti duduk kat rumah. Dia tunggu tuan bagi ikan kat dia. Kalau tuan dia buat tak tahu je atau buat2 lupa, dia akan mengeriau lama2. Bila dia dah bosan mengeriau dia akan korek sampah. Habis sampah bersepah. Yang paling extream kalau dia ada bau ikan dekat sink dia akan panjat ambil ikan yang segar dan makan ikan tu. Tapi bila dia dah kenyang dia akan keluar macam tu je. Tak pandang orang kiri kanan.


   Pengajaran dari kisah kucing ini kita jangan cari orang masa kita susah saja. Masa kita penuh dengan masalah baru nak cari keluarga atau kawan2 untuk meluahkan masalah kita. Tapi masa kita senang lenang kita lupa kawan dan keluarga kita yang banyak tolong kita masa susah dulu. Jadi kita jangan ikut sikap kucing ni. Kita kena sentiasa bersama kawan dan keluarga kita tidak kira dalam keadaan susah mahupun senang. Kongsi lah kegembiraan kita dekat mereka dan jangan abaikan mereka.



Seronok belajar dari alam ni. Selamat beramal...^_^

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe