Kenapa aku mesti tegur orang dulu?
Kenapa orang selalu lupa aku?
Kenapa orang taknak tegur aku?
Kenapa orang yang aku kenal berkurun lama dahulu sudah tak mahu tegur aku setelah sekian lama tak jumpa?
Adakah aku memang layak untuk tidak ditegur dan diingati?
Kenapa aku sering dicop sombong padahal aku tak buat apa2 pun?
Kenapa aku bila jumpa orang baik2 mula2 memang dia nak rapat dengan aku tapi lama2 dia meminggirkan aku?
Kenapa kawan2 aku selalu meminggirkan aku padahal kita pernah rapat dulu?
Perlu ke kerana jarak yang sedepa jauh engkau taknak tegur aku?
Kenapa mesti aku yang kena selalu bersusahpayah kerana rakan?
Kenapa orang taknak rapat dengan aku?
Dah lama aku pikir persoalan ini sejak dibangku sekolah rendah. Akhirnya aku buat kesimpulan begini. Selagi korang ingat aku dan anggap aku sebagai kawan aku akan layan korang semampu aku. Tapi bila korang sudah mula melupakan aku, engkau akan lihat aku akan menjauhkan diri dari kamu. Biar aku seorang sahaja berusaha menjaga tali silaturahim ini dengan membalas sms, menanya khabar walhal kamu tidak peduli sama aku. Aku sedia membuka pintu seluas-luasnya kalau kamu ditimpa kesusahan dan aku sedia mendengar berita kegembiraan dari jauh walaupun kamu tidak mahu berkongsi kebahagiaan yang kamu perolehi. Engkau tidak tahu selama ini aku kesunyian kerana tiada sesiapa mahu peduli sama aku melainkan ibu bapa aku sendiri...
Kadang2 terfikir kenapa aku sebegini susah mendapat sahabat yang kekal selamanya disisiku tidak kira dalam keadaan senang atau susah.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe