Saturday, October 23, 2010

My first pay slip...Hahaha

   Seperti yang sedia maklum, sebelum ni aku pernah bekerja di kilang plastik selama 6 hari. Hari ini aku dah dapat slip gaji pertama aku. Lumayan juga gajinya. Lepas duit makan aku kat gombak selama 2 minggu (kalau aku belanja RM5 sehari). Tapi yang menjadi masalah sekarang, macam mana aku nak ambil duit tu. Seperti kata mak aku, aku kena jumpa HR (Human Resources) kat kilang tu masa nak ambil gaji. Yang tak bestnya mesti dia tanya kenapa aku cuma kerja 5 hari. Takkan aku nak jual nama mak dengan bapak aku. Mak aku dengan suka rela nak ambilkan gaji untuk aku. Tapi kesian kat dia. Dia mesti kena marah sebab terlalu manjakan anak. Dia terlalu risau kalau aku dapat kerja yang berat2 dan merbahaya. Mak aku bukan nak manjakan aku, tapi dia sayangkan aku. Jika berkesempatan, aku nak balas jasa2 dia. Nampaknya aku kene pergi sendiri jugak. Cakap jela aku nak buat persediaan ke gombak. Banyak nak kena buat. Nak cari link kat internet utk daftar, nak kaji subjek apa yang bakal aku ambil untuk semester pertama di gombak (nama subjek dia dah la pelik2), peta uia gombak. Aku kena buat persediaan rapi sebelum aku melangkah kesana. Aku yakin aku boleh berdepan dengan HR tu.

Chaiyok Bella!!!!



No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe