1- Menunggu offer letter dari universiti. Agak teruja. Sepanjang masa mengupdate facebook untuk melihat tarikh bila dia kuar. Chat sana sini menanya kawan bila offer letter nak keluar. Kitorang kena print sendiri offer letter. Nanti dah masuk universiti baru dapat yang original punya.

Waktu ini terungkai pelbagai persoalan yang selama ini tak terfikir pun sebelum ini. Kebanyakan mereka menanya pasal prereg. Mereka tanya berapa subject yang sepatutnya diambil untuk semester pertama, ape subject yang kawan2 ambil, tanya pasal maksud T-TH @ M-W dan byk lagi. Yang paling best waktu diorang nak tengok offer letter ngan prereg. Ramai giler orang online. Diorang online sebab nak tanya kawan2 ape yang patut dilakukan seterusnye. Kira menjimatkan kalau chat kat facebook berbanding menelefon dan menghantar SMS. Bila dah telefon paham2 jela. Pertanyaan bukan boleh ditanya dalan masa 1 minit. Cepat telan duit. Ada sesetengah orang selesa menelefon dari berchating atau berSMS. Bergantung kepada individu tu jugak.
Bila dah dapat offer letter ni terfikir pulak yang aku ni dah tak lama lagi bergelar mahasiswi. Belajar dekat tempat yang lagi besar, belajar dengan lecture yang kebanyakkan berpangkat Prof dan Dr, speaking all the time especially with lecture. Ahh... rupanye aku dah besar....
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe