Thursday, October 21, 2010

Selamat tinggal Nilai....

   Tanggal 20 Oct 2010, merupakan tarikh keramat bagi pelajar cfs iium. Pada hari itu keluarnya result final exam yang mereka nantikan setiap semester. Bagi aku, terutama bebudak yang nak graduate dari cfs iium. Result ini menentukan yg mereka berjaya sambung pelajaran ke gombak / kuantan atau terkandas di cfs semula utk menaikkan pointer mereka dan mengambil semula subjeck yg diorang tak lepas. Alhamdulillah. Aku lulus dan dapat ke gombak  8 Dec 2010. Pada tarikh itu, aku akan menempuh dunia baru. Aku dah memasuki alam dewasa. Masa masuk cfs, aku tak rasa aku dah dewasa. Perangai kebudak-budakan dan ketidakmatangan aku terbawa-bawa selama aku berada di cfs. Yela budak baru je habis SPM tetiba masuk asasi uia. Pelbagai cabaran, dugaan, pahit dan manis yang sudah aku tempuhi disana. Aku dah mula menyukai hidup aku di cfs.

   Sebelum ni, aku tak berapa menyukai kehidupan aku di sekolah menengah. Kenangan di sekolah rendah lagi best. Selama aku bersekolah, aku cuma ada beberapa orang je yang berjaya menjadi kawan baik aku. Masa sekolah rendah, aku selalu lepak dengan M dan S. M ni lasak, matang dan ganas. S ni baik dan comel. Aku lebih suka kawan ngan M. Tapi M lebih suka kawan ngan S. Aku mula rapat ngan M bila dah naik sekolah menengah. Selain tu aku ada rapat ngan N, Z, L dan B. Diorang ni geng budak2 pandai. Dalam kelas aku selalu dpt markah corot bila dibandingkan diorang. B yang paling pandai. Dia selalu dapat markah 90 ke atas masa sekolah menengah dan dapat nombor satu dalam kelas. Aku memang jeles gila dengan diorang. Aku jeles bukan nak rosak masa depan dia. Aku paksa diri aku untuk jadi macam dia (pandai). Tapi persahabatan ini cuma kekal sampai form 3 sahaja. N dan B dapat tawaran belajar kat tempat lain. L dan Z masuk kelas sains dan aku masuk kelas sastera (aku yang mintak tukar dari kelas sains ke kelas sastera). M masuk kelas sains. Bila orang tanya, apa kenangan yang aku ada masa sekolah menengah? Yang aku bayangkan cuma M, buku2 SPM dan budak2 cina kelas 5D. Terus terang aku takde kenangan yang terindah masa sekolah menengah.

   Tapi bila aku masuk asasi. Something strange happen. Aku dapat ramai gila kawan. Kawan satu dorm (kira2 40 org dari sem 1 hingga sem akhir), kawan satu kelas (kelas bahasa inggeris, accounting, bahasa arab, statistic, economics, mathematics, basic theme al-quran dengan understanding islam dan computer). Yang budak bilik, aku dapat belajar macam mana perangai diorang, cara diorang belajar, cara dia layan budak bilik dia. Semua lain2. Ada yang gila2, peramah, berangin tak tentu pasal. Best sangat bila dapat kenal diorang. Diorang dah menyinari hidup aku dengan kenangan yang diorang cipta selama menjadi budak satu bilik. I love you guys.... n_n








Aku akan kenang dikau dalam doaku... Amin...


No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe