Showing posts with label Website. Show all posts
Showing posts with label Website. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Terjumpa pautan yang meragukan? Hati-hati


Pernahkah anda terlihat pautan seperti yang diatas?
Sama ada anda terlihat kawan anda yang post atau pautan tersebut sudah ada 
pada wall facebook anda?

Jika anda pernah melihatnya dan ada pada wall facebook anda sebaiknya anda delete pautan tersebut. Sejak pautan ini berada di laman social terutama Facebook, banyak kes sebaran virus dilaporkan.
Virus tersebut akan menyerang akaun peribadi dengan mengepost pautan yang kurang sesuai di post sama ada pada wall facebook anda atau wall kawan anda.

SKMM pun sudah memberi peringatan pada pengguna Facebook khususnya.
Terutama pautan dari paintchibi.net dan iphonevl.com
Boleh rujuk pada rajah di bawah ini.



Langkah yang selamat untuk mengelak kejadian sebegini berulang lagi:
1- Memeriksa dahulu pautan sebelum tekan pautan tersebut dan jika nampak pautan tersebut mencurigakan lebih baik tak perlu tekan pautan tersebut.
2- Jangan mudah terpedaya dengan post yang lawa dan susunan ayat yang menarik.
3- Menolong pengguna lain untuk menghebahkan perkara ini supaya pengguna lain tidak terjerat pada perangkap yang sama. Anda perlu delete jika pautan ini ada kat wall anda.

Jadi tak perlu gusar dan risau jika anda sentiasa ikut langkah 1 dan 2. 
Layari Facebook anda tanpa was-was.

P.s : Nasib baik masih selamat. Pernah juga tekan link paintchibi.net tu sebab tengok lukisan dia lawa. Mujur line internet lembap masa tu. Haha

Thursday, April 28, 2011

Nasa + National Geographic

Korang minat tak sains? Kte ada jumpa website pasal sains.
Rasanya korang mesti pernah dengar.

1- http://www.nasa.gov/

Yang best kat website Nasa ni kita boleh tahu pasal planet, new discovery yang diorang baru temui dan pasal aeroangkasa. Laman ni sesuai untuk pencinta angkasa lepas.

by http://www.nasa.gov/home/index.html
untuk memudahkan korang mengunakan website dan membaca artikel kat laman tu korang tekan je button yang macam gambar diatas kat website Nasa. Kita suka baca bab solar system dan universe. Banyak cerita pasal2 planet, fenomena alam kat angkasa lepas dan planet baru yang diorang baru temui. Best sangat. Kalau korang tekan button moon and mars korang akan nampak artikel pasal supermoon, apa yang diorang jumpa kat bulan dan pasal planet marikh. Korang boleh subscribe news dari Nasa tau.

 by http://www.nasa.gov/home/index.html


2- http://www.nationalgeographic.com/

Korang mesti pernah dengar pasal National Geographic. Dulu2 cerita ni selalu main kat tv. Suka tengok dia paparkan kisah haiwan. Sekarang ni kita tengok National Geographic dalam versi laman web pula. Kat sini korang boleh update knowledge korang secara percuma. Nak harapkan majalah dia mahal dan dekat televisyen pula selalu ulang benda yang sama je. Kat sini semua news updated. Kalau korang minat dengan gambar, korang pergi kat photography. Kat situ banyak gambar lawa2. Ada gambar haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Siap bagi tips lagi. Memang banyak benda best kat laman ni. Kalau cerita semua kat sini tak best pulak. Jom tingkkatkan ilmu tentang alam di National Geographic.com.
Jom la...n_n


Fishing blogger

   Kepada sesiapa yang minat memancing. kat sini saya ada jumpa laman web pasal memancing. Banyak tips memancing dalam website ni. Ada tips untuk pemancing yang baru nak belajar memancing dan kedai online yang menjual peralatan memancing. Disertakan video pasal pemancing yang pakar2 dan macam2 lagi la. Jom kita lawat Thefishfishing.com. Jom kita tingkatkan ilmu dan skill memancing kita. ^_^

Kalamullah.com

   Ni memang kte punya favourite website. Banyak buku2 agama dalam bentuk pdf dan boleh download free. Kte selalu cari buku tafsir kat dalam website ni. Kte dapat tahu website ni dari pakcik saya. Dia yang bagi cadangan untuk cari buku kat dalam ni. Dia tahu kita ambil arab masa asasi sebab tu dia bagi cadangan cari buku arab kat dalam website ni. Dulu masa asasi website ni jadi rujukan kte. Terutama masa buat assignment subject Understanding Islam. Segala jenis tafsir nak kena cari. Nasib baik kat dalam website ni ada tafsir dalam bahasa inggeris siap bagi cerita setiap surah dalam Al-Quran. Dalam website ni tak semestinya ada buku tafsir je. Buku lain pun ada. Dia susun buku ikut jenis buku tu seperti akidah, Al-Quran, Hadith, Non Muslim, Muslim, Worship dan sebagainya. Lupa nak cakap, semua buku agama dalam laman ni dalam bahasa inggeris.hehe Kalau nak buku agama free jom pakat2 serbu kat sini.

Cool Quiz,Trivia

   Mahu ceriakan hidup anda dengan lawak jenaka, fakta2 menarik dan kuiz yang best2. Bukan itu sahaja, anda mahu menambahkan ilmu pengetahuan anda dengan puzzle yang beraneka, fakta2 tentang geogarafi dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik disini.

Contoh flash puzzle : Klik disini


Thousands of the Jokes : Klik disini


Ada banyak lagi sebenarnya. Kalau cerita kat sini panjang pulak. Kalau nak tahu betapa bestnye laman ini kunjungi laman ini dan rasai keseronokannya. Warnakan hidup anda dengan lawak2 yang ada kat laman ni. Maaf yek laman ini dalam bahasa inggeris. 

Terjemahan Al-Quran

   Nak tahu kat internet pun ada laman terjemahan Al-Quran juga. Kiranya macam tafsir Al-Quran tapi dalam bentuk digital. Sambil kita baca terjemahan dia kita boleh dengar dia bacakan ayat. Ya, dia tolong bacakan ayat Al-quran tu. Laman ni menawarkan terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Selain itu dia menyediakan pautan Islam seperti Al-Quran MP3, Waktu solat, The Scientific Miracle of Al-Quran dan banyak lagi. Bagus juga ada laman ni. Sambil2 browsing internet boleh dengar Ayat Suci Al-Quran.




Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Inggeris : Click here.
Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu : Klik disini.

Tuesday, April 26, 2011

Productive Muslim.com

   Anda pernah dengar website ini? Website ini pengisian dia seakan-akan macam I love Islam. Cuma menarik website ini dalam bahasa inggeris dan banyak interactive video. Kadang2 kita nak jugak exchange pemikiran kita dari pemikiran asia ke barat sikit. Pertukaran sebegini amat digalakkan kerana melatih pemikiran kita supaya lebih bersifat global dan terdedah sikit perkembangan dunia. Orang amerika punya pemikiran lain sikit dari orang asia. Kita boleh ceduk sikit pemikiran mereka yang baik. Banyak benda baik yang boleh dipelajari dari sikap mereka dan jangan pula diceduk perkara yang tidak baik pula. Saya suka interactive video mereka. Mereka sangat creatif. Cuba klik disini untuk melihat lebih lanjut. Mereka juga menyediakan "step by step learning". Kadang2 kita tak tahu nak mula baca dari mana. Jadi start here sebagai petunjuk A-Z. Ada kelebihan juga kalau anda subscribe newsletter dia. Anda akan mendapat free ebook "The very best productive muslim". Jadi apa lagi marilah kita menambahkan ilmu pengetahuan kita di laman http://www.productivemuslim.com/

Sunday, April 24, 2011

Fishkipedia.com

   Tengah search cari gambar ikan terjumpa website pasal ikan. Website ini memberi pendedahan pasal jenis2 ikan, cara penjagaan ikan dan semua perkara yang kita mesti tahu pasal ikan. Dengan pendedahan ini bolehlah kita tingkatkan pengetahuan kita pasal ikan. Kalau anda berminat silalah click disini untuk melihat sendiri website tersebut. Jomlah tambahkan pengetahuan kita pasal ikan...

Ikan OoO ikan

Friday, April 22, 2011

Komik dakwah alam maya

   Baruku tahu rupanya ada juga komik dakwah kat internet. Selalu orang bayangkan yang komik tu mesti dalam bentuk buku dan kena beli kalau nak baca. Dah nama buku mesti kene beli. Tahniah kepada pemilik laman kerana berjaya melahirkan karya komik dalam bentuk islamik. Tahu-tahu je budak zaman sekarang suka baca komik. Kita tukar sikit tema komik tu dari komik yang temanya cinta monyet ke komik yang ada unsur islamic sikit. Tambah komik ni dalam versi digital lagi mudah untuk dibaca.

Disini disertakan link ke laman tersebut:

1- komikdakwah (nak mula membaca tekan dekat icon)
2- Komik FRESHIE
3- dakwah info

Setakat ni baru 2 laman dijumpai. Nanti jumpa yang baru saya update lagi.
Selamat membaca dan selamat beramal...^_^

Tuesday, April 19, 2011

Economic Textbook excercise

   Wah... Subjek economics memang seronok. Kena banyak membaca. Tapi lagi bagus baca buku economic dari baca buku management. Subject management banyak teory dan teorynya lebih kurang sama cuma nama thory tu lain dan suka membuat orang pening nak ingat theory mereka. Dah la tak boleh guna logik akal pulak tu nak ingat. hehe. Ni bukan  nak takutkan korang. Korang mesti suka baca management kalau korang amik bisness subject. Zaman universiti mana ada buku latihan macam zaman sekolah rendah dan sekolah menenggah. Budak sekolah zaman sekarang memang senang dan bertuah. Kalau nak skor (nak dapat A) cari je buku latihan pastu buat latihan banyak2. Buku latihan berlambak kat pasaran. Macam2 penerbit pun ada. Cuma rajin dengan malas je.

  Ni nak simpan backup link untuk latihan subjek economics. Bagi mereka yg mengunakan buku dari penerbit Mc Graw Hill book atau Pearson untuk subjek economics boleh cuba test knowledge anda dengan latihan yang ade dalam link dibawah. latihan yang diberi ikut bab. Nota pun ada tapi summary untuk bab tersebut. Kiranya macam apa yang mesti kita tahu pasal bab tu. Semoga berjaya...^_^

1-McConnell Jump Page
2-Economics, 18/e by McConnel, Brue, Flynn
3-Foundation of Microeconomics by Robin Bade, Michael Parkin