Sonang je. Ha ha ha
Pertama sekali, haruslah register dahulu di pautan -> http://esggs.juict.net/index.php
Daftar ID pengguna dahulu. Kemudian log in menggunakan password yang dihantar melalui email setelah berdaftar. Isi detail yang diperlukan dan print senarai semak dan GG1. Sediakan dokumen yang diperlukan yang sudah disenaraikan dalam borang senarai semak tu. Dokumen ini sangat diperlukan oleh pihak PPD untuk serapkan anda ke sekolah yang memerlukan guru ganti.
Biasanya si pemohon akan tunggu panggilan pihak PPD untuk proses seterusnya. Untuk mempercepatkan proses, si pemohon boleh mencari sekolah yang memerlukan guru ganti. Ada sekolah yang mengalami masalah kekurangan guru seperti masalah kurang guru kerana ramai guru yang cuti bersalin. Jika pandai cari mesti jumpa. Ada sekolah sangat memerlukan guru ganti tambahan jumlah guru yang sedia ada sudah banyak kelas yang perlu mengajar tambah kena ambil kelas guru yang bercuti. Bila dah jumpa tu, pihak sekolah akan sediakan segala dokumen sokongan yang membuatkan anda memang layak untuk jadi guru ganti di sekolah tersebut.
Tentang upah, upah dibayar mengikut hari bekerja. Jika tidak bekerja maka tiada upah. Kadar upah juga mengikut kelayakan. Yang penting sijil SPM wajib ada.
sumber : [Link] |
Yang penting pengalaman. Daripada duduk sahaja di rumah tanpa buat apa2, baik kerja walaupun guru ganti. Dengan kadar upah yang diberikan walaupun takat SPM tak dapat menyamai pengalaman mengajar tersebut. Bukan setakat mengajar, belajar untuk kawal emosi, cara untuk dekati dan tarik perhatian pelajar serta bagaimana untuk kuatkan suara anda. Lebih mencabar bila bertugas di sekolah harian biasa terutama sekolah menengah. Banyak benda dapat dipelajari. Buat mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang pendidikan bolehlah cuba apply dan rasai sendiri.
Boleh baca link diatas ini untuk mendapat gambaran serba sedikit tentang guru ganti.
~Terima kasih buat cikgu-cikgu yang berpenat lelah mengajar anak2 murid yang begitu nakal.~
~Kiniku merasainya sendiri.~
P.s : KPLI dan DPLI sudah dimansuhkan.
Jalan lain untuk menjadi pendidik terutama pemegang ijazah yang tidak memiliki latihan ikhtisas boleh cuba 2 jalan iaitu jadi guru kat sekolah swasta atau sambung belajar sampai peringkat PHD untuk jadi pensyarah. Kalau nak dapat pengalaman sementara, jadi guru ganti jelah.
Semoga berjaya
Utk tahu ada sekolah yg memerlukan guru ganti, kita perlu tanya pada kerani atau pengetua sekolah tersebut?
ReplyDeleteNak tanya guru beasr pun boleh
Delete