Selamat bergraduasi buat saya. Walaupun telah hampir seminggu berlalu, kenangan sepanjang belajar di taman ilmu pasti tidak dapat dilupakan. Rasa sayu tatkala menjejak kaki di UIA. Terasa aura yang telah lama hilang meresap kembali dalam diri ketika solat subuh berjemaah di masjid UIA. Waktu kemuncak bila masuk dewan. Rasa mahu menangis. Sedih. Dah grad rupanya aku ni. Sebelum ni bukan main nak grad cepat. Air mata nak jatuh dah tapi masih nak tunjuk macho dan cuba elakkan air mata jatuh.
Walaupun kadang kala rasa macam majlis graduasi ni dah macam majlis penyampaian anugerah cemerlang waktu zaman sekolah tetapi rasa bersyukur pula bila diberi peluang untuk turut serta dalam majlis ni. Dapat juga merasai pakaian formal waktu graduasi, dapatlah juga jumpa kawan2 walaupun hanya dapat melihat mereka di atas pentas dan yang penting dapat bersama keluarga pada hari yang bersejarah ini. Walaupun rasa terkilan sebab tak dapat nak buat mak dan bapak rasa bangga sikit masa majlis tersebut dengan keistimewaan mendapat pointer kelas pertama namun bak kata bapak "Yang mana bukan rezeki tu tak perlu difikirkan. Yang penting anak bapak dah lepas dan dah dapat degree tu bapak dah rasa bersyukur sangat. Kalau emang sudah rezeki kamu memang tak kemana. Bapak bersyukur sangat." Huhu... Manalah tak menangis aku mendengar kata bapak. Dia suruh gembirakan hati mak yang dah bertahun-tahun kerja untuk tampung perbelanjaan rumah. Takpelah bapak, mungkin rezeki dekat tempat lain. Kira baiklah tu dapat grad dalam kelas kedua keatas.
Dengan ini secara rasminya saya menjadi pelajar alumni UIA. Pelajar bersilih ganti. Pelajar lama bila sudah sampai masanya akan pergi membawa diri menempuh kehidupan yang sebenar. Pelajar baru bila sampai masanya masuk untuk memenuhi kekosongan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan yang sebenar. Bak kata rektor pada ucapan pembukaan majlis graduasi yang ke 30, graduan ini akan dikembalikan kepada masyarakat setelah menempuh pelbagai modul pembelajaran serta ujian sepanjang sesi pembelajaran dengan harapan supaya graduan ini dapat berbakti kepada masyarakat serta negara. Harapan besar sudahpun digalas buat graduan terutama graduan UIA. Mereka termasuk saya membawa nama UIA termasuk nama mak dan bapak untuk dijaga supaya terus harum mewangi. Besar tanggungjawab dan amanah tersebut. Ayuh terus berbakti!
P/s : Dah dewasa rupanya saya.
Tahniah akhirnya dah grad. lepas ni keje plak
ReplyDeleteTerima kasih. Itu sudah semestinya. hehe
Delete