Thursday, October 23, 2014

Kuasa dan pengaruh menentukan segalanya


Pengaruh dan kuasa
Jika anda ada dua benda ini nescaya anda bisa hidup senang dalam dunia ni.

Asas dalam pemasaran. Sudah sedia maklum yang Hospital Ampang Putri tu adalah hospital swasta. Sudah tertanam dalam minda mereka yang mereka bakal meraih keuntungan dan populariti dengan menaja kos rawatan untuk orang ternama. Secara tak langsung mereka dapat tempias "tuah" yang dibawa oleh orang ternama tersebut.

Tetapi, adakah tidak bertuah buat hospital swasta untuk menaja kos perubatan buat pesakit yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Dahlah sakit. Nak berubat pun tak mampu. Adakah pihak hospital swasta dapat untung dengan mengenakan cas yang tinggi buat pesakit yang tidak bernasib baik ini. Bukankah hospital swasta dapat meraih lebih banyak untung dengan mengenakan cas yang tinggi buat pesakit yang bagus dari segi kewangannya. Oh lupa, ini hospital swasta. Golongan yang tidak bernasib baik seharusnya dirawat di hospital kerajaan. Sememangnya pihak kerajaan yang patut bantu golongan sebegini kerana memang tugas kerajaan ialah untuk membela nasib golongan yang tak bernasib baik ini. Namun, lupakah anda. Tugas menolong orang yang kurang bernasib ini tugas bersama. Bukan tugas kerajaan semata-mata. Ia tugas sosial yang semua pihak harus tampil bersama. Kerana kita bukan hidup dalam masyarakat yang kaya raya semuanya. Dalam masyarakat yang kita tinggal ini berlainan taraf hidup mereka. Ada yang susah, ada yang hidup sederhana. Mana yang mereka hidupnya mewah jangan lupa pada golongan yang kurang bernasib baik ini.

Seharusnya pihak hospital swasta juga harus fikir diluar norma biasa. Pihak hospital harus fikir dengan menaja kos rawatan adik itu, mereka dapat menerap nilai baru pada masyarakat. Mereka dapat menunjukkan yang mereka prihatin dengan nasib adik tersebut. Mereka dapat menunjukkan teladan yang baik. Tambah kes adik ini sudah terpampang di dada akhbar. Pihak hospital bakal dapat publisiti yang baik di dada akhbar juga. Dengan cara ini juga pihak hospital dapat mempromosi khidmat mereka pada rakyat.

Apakan daya. Idea picisan ini mungkin tidak diendahkan. Tambah idea yang datang dari minda budak mentah yang masih belum masak dengan arus kehidupan baru ini. Terserah mereka. Duit mereka. Mereka punya kuasa dalam menentukan segalanya.

Arus kehidupan baru ini, jika tiada kuasa dan pengaruh memang tak kemana.
Walaupun sebernas manapun idea, walauapapun sebagus mana alasan atau hujah, walau kebenaran ada didepan mata, bila muncul mereka yang punya kuasa, semuanya lenyap. 
Yang berkuasa terus menggunakan kuasanya.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe