Wednesday, October 29, 2014

Umur berapakah yang sesuai untuk memulakan perniagaan?

Sesiapa yang berminat nak menceburi bidang perniagaan pasti tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk memulakan perniagaan. Nak mulakan sekarang pun boleh bila semua keperluan untuk berniaga sudah cukup. Keperluan yang diperlukan untuk berniaga adalah mengikut jenis perniagaan yang bakal dijalankan. Dan sudah semestinya modal dan kelengkapan perniagaan mestilah cukup. Modal yang mencukupi adalah modal untuk membeli bahan2 dan kelengkapan untuk berniaga dan serta modal untuk pusing balik kos untuk produksi akan datang. Ada juga yang sanggup ambil risiko dengan hanya mempunyai modal untuk beli bahan2 dan kelengkapan sahaja tanpa ada modal untuk pusing balik kos untuk produksi akan datang. Cara ini pun boleh jika punya keyakinan yang jualan anda pasti laku dan menguntungkan. Dengan untung yang dapat pun boleh digunakan untuk modal pusing balik kos untuk produksi akan datang. Saya pun pernah buat. Cuma jualan kecil-kecilan tetapi terpaksa dihentikan kerana tiada penjual (Penjualnya adik yang masih sekolah. Mana boleh guna budak bawah umur dan masih bersekolah. Har har har.) Tetapi seronok bila dapat jual. Bila melihat duit seringgit berkepuk-kepuk (jualan kecil-kecilan) rasa seronok pula. Walaupun untung tak seberapa tapi masih rasa puas. Selain dari modal dan kelengkapan yang mencukupi untuk berniaga, kenalah tahu siapa pelanggan kita dan reaksi pelanggan terhadap produk kita. 

Berbalik kepada tajuk entry ni, saya tertarik dengan post yang bertajuk " How old is too old to start a business? The answer may surprise you." yang di keluarkan oleh majalah Entrepreneur. Anda boleh semak kat sini. Dalam post tersebut menceritakan yang kita boleh mula membuat bisnes bila2 masa dan tidak terlambat jika kita mula membuat bisnes pada usia yang senja. Sebagai contoh Charles Flint mula melancarkan IBM pada usia 61  tahun. Martha Stewart mula menjadi pakar dekorasi pada usia 35 tahun. Dengan contoh2 ini kita dapat lihat yang kita tak usah berhenti untuk mengimpikan suatu yang kita impikan dan cuba untuk merealisasikannya. Masih tidak terlambat jika impian tidak tercapai walaupun usia semakin meningkat. Cuba untuk merealisasikan dan jangan pernah putus asa. Mari kita lihat infografik yang saya temui dalam post dari majalah Entrepreneur.


Kita tak pernah terlambat selagi kita mampu untuk membuka mata kita.
Dan jangan pernah berhenti untuk belajar.
Setiap detik kita adalah pelajar.


4 comments:

  1. yes.....kita tak pernah terlambat tuk mulakan sesuatu....cuma kena think positive

    ReplyDelete
  2. sungguh.. saya mula2 belajar menjual masa darjah 2.. mak wat kan kacang goreng dan kerepek. Jual kat sekolah, mula2 malu, tapi lama2 best lak. untung kecik2 masuk tabung. :)

    AKU DAN KAMU: AHLI

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... muda2 dah dapat pengalaman berniaga.
      menabung lagi tu.

      Bagus2... *thumb up

      Delete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe