Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Wednesday, July 24, 2019

Cara nak linkkan Akaun Tabung Haji dengan Maybank2u melalui ATM


Sunday, July 21, 2019

Tips Memilih Reket





Sunday, January 28, 2018

Lelaki Pemalu vs Perempuan Pemalu






Artikel yang best untuk dibaca.
Perempuan pemalu macam mana?
Macam lebih kurang je ciri2 dengan lelaki pemalu.
Bila dua2 pemalu, krik krik

Tuesday, March 21, 2017

Cara masukkan duit ke akaun tabung haji

Ada cara mudah untuk masukkan duit ke akaun tabung haji. Jangan terkejut ya sebab masih ramai yang tidak tahu cara yang mudah ni. Anda ada akaun Maybank? Kalau ada senanglah hidup anda. Tambah pula bila ada Maybank2U.

Step 1 : Hubungkan Kad ATM Maybank bersama dengan Akaun TH anda.
Kena buat kat mesin ATM Maybank ya. Boleh buat dimana-mana mesin ATM Maybank yang berdekatan dengan anda. Ikut step dalam gambar.


Gambar dari laman Fanpage FB Tabung Haji

Macam mana nak dapat No akaun TH dan Nombor siri buku TH?
Ambil nombor tersebut dalam buku TH.

Sumber gambar : [link]


Step 2 : Login Maybank2U untuk pindahkan wang secara online. Nak pindahkan wang secara offline pun boleh tapi kena buat kat mesin ATM. Pastikan sudah selesai hubungkan akaun TH dengan kad ATM Maybank ya.


Accounts & Banking > Transfer > Tabung Haji


Menu Utama dalam page Tabung Haji

Nak semak baki akaun Tabung Haji - Click Balance Inquiry
Nak transfer duit - Click Fund Transfer
Nak daftar haji - Click Hajj Registration

 Menu yang dipaparkan setelah click Fund Transfer.
Pilih saja menu yang berkenaan.
Baca baik2. Nanti tersalah transfer.
Transfer macam biasa. 
Kena masuk TAC dan dikenakan caj bank dan GST ya bagi setiap transaksi.


Tamatlah sudah tutorial kali ni. Harap anda berjaya menghubungkan akaun anda dan mengunakan kemudahan ini sebaiknya. Sebaiknya sentiasa update buku akaun TH anda. Maksud saya buku.....


Sekurang-kurang anda ada bukti hitam putih dalam setiap transaksi pindahan wang.
Sebab dalam website Maybank2U tidak sediakan penyata TH.
Anda cuma dapat resit dan boleh buat semakan dalam penyata akaun Maybank sahaja.
Nak update buku tu sebulan sekali atau setahun sekali pun tidak mengapa.

Nak senang kerja, daftar e-THiJARI.
Anda akan dapat..... 


Saya belum teroka lagi e-THiJARI ni. Nanti saya update tentang e-THiJARI pada post akan datang.

P.s : Kena ambil cuti pula untuk dapatkan pin kat Kaunter TH. Haha



Wednesday, October 29, 2014

Umur berapakah yang sesuai untuk memulakan perniagaan?

Sesiapa yang berminat nak menceburi bidang perniagaan pasti tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk memulakan perniagaan. Nak mulakan sekarang pun boleh bila semua keperluan untuk berniaga sudah cukup. Keperluan yang diperlukan untuk berniaga adalah mengikut jenis perniagaan yang bakal dijalankan. Dan sudah semestinya modal dan kelengkapan perniagaan mestilah cukup. Modal yang mencukupi adalah modal untuk membeli bahan2 dan kelengkapan untuk berniaga dan serta modal untuk pusing balik kos untuk produksi akan datang. Ada juga yang sanggup ambil risiko dengan hanya mempunyai modal untuk beli bahan2 dan kelengkapan sahaja tanpa ada modal untuk pusing balik kos untuk produksi akan datang. Cara ini pun boleh jika punya keyakinan yang jualan anda pasti laku dan menguntungkan. Dengan untung yang dapat pun boleh digunakan untuk modal pusing balik kos untuk produksi akan datang. Saya pun pernah buat. Cuma jualan kecil-kecilan tetapi terpaksa dihentikan kerana tiada penjual (Penjualnya adik yang masih sekolah. Mana boleh guna budak bawah umur dan masih bersekolah. Har har har.) Tetapi seronok bila dapat jual. Bila melihat duit seringgit berkepuk-kepuk (jualan kecil-kecilan) rasa seronok pula. Walaupun untung tak seberapa tapi masih rasa puas. Selain dari modal dan kelengkapan yang mencukupi untuk berniaga, kenalah tahu siapa pelanggan kita dan reaksi pelanggan terhadap produk kita. 

Berbalik kepada tajuk entry ni, saya tertarik dengan post yang bertajuk " How old is too old to start a business? The answer may surprise you." yang di keluarkan oleh majalah Entrepreneur. Anda boleh semak kat sini. Dalam post tersebut menceritakan yang kita boleh mula membuat bisnes bila2 masa dan tidak terlambat jika kita mula membuat bisnes pada usia yang senja. Sebagai contoh Charles Flint mula melancarkan IBM pada usia 61  tahun. Martha Stewart mula menjadi pakar dekorasi pada usia 35 tahun. Dengan contoh2 ini kita dapat lihat yang kita tak usah berhenti untuk mengimpikan suatu yang kita impikan dan cuba untuk merealisasikannya. Masih tidak terlambat jika impian tidak tercapai walaupun usia semakin meningkat. Cuba untuk merealisasikan dan jangan pernah putus asa. Mari kita lihat infografik yang saya temui dalam post dari majalah Entrepreneur.


Kita tak pernah terlambat selagi kita mampu untuk membuka mata kita.
Dan jangan pernah berhenti untuk belajar.
Setiap detik kita adalah pelajar.