Status ini dari kawan sekuliyah saya. Mendalam juga maksud dia. Mungkin masing2 tengah enak dibuai kenangan hampir 6 tahun belajar bersama dari asasi hinggalah ke universiti sehingga berjaya mengenggam sehelai sijil ijazah. Bila dibuai memori yang kuat pasti sukar untuk melepaskannya. Tambah bila makan, tidur, study, pergi program bersama terasa macam kawan2 itu seperti ahli keluarga sendiri. Bila sudah graduasi, masing2 kembali ke pangkuan keluarga serta masyarakat. Maka timbullah perasaan yang si pulan itu lupa akan sahabatnya kerana tidak menghubungi langsung selepas gradusi. Timbul pula rasa yang si pulan sudah berubah dan terasa dia tidak macam dulu. Hahaha... Yang si penulis pun asyik menulis ni pun mungkin terasa benda yang sama.
Antara faktor kenapa prasangka ini timbul mungkin sebab yang graduan ni belum sibuk. Belum terisi lagi hidupnya dengan benda yang membuat dia lupa tentang hal remeh temeh ni. Betul tak? Bila hidup tak terisi, mulalah perasaan pelik2 timbul. Lagi parah depresi pun muncul dalam hidup.
Jadi konklusinya, marilah sibukkan diri kita. Kadang2 masa yang senggang itu pembunuh kita. Gunalah masa dengan buat benda yang berfaedah macam berniaga kecil-kecilan, tulis blog macam saya ke (eh?) atau baca buku dan surat khabar yang kita tak sempat nak baca sewaktu kita jadi pelajar. Seronok baca surat khabar ni. Buat pelajar ekonomi macam saya ni bolehlah review dasar2 negara ke, baca bajet 2015 ke atau GST ke. Bagi yang berkemampuan tu bolehlah travel. Sementara nak tunggu dapat kerja tetap mahupun sementara tu kenalah isi hari2 dengan perkara berfaedah. Paling malas pun, tolong mak buat kerja rumah. Bila mak bahagia, kita pun bahagia.
Kita pun kena ingat yang kawan2 kita bukan macam kita. Laluan hidup mereka pun berbeza. Berlapang dadalah dan berbaik sangka. Mereka kena jalani hidup mereka. Masing2 pun dah bawa haluan masing2. Nanti adalah masa2 untuk bersama-sama dengan mereka. Tak sempat kat dunia pun kat syurga nanti pun takpa. Doakan kebaikan mereka dan rajin2 bertanya khabar. Sembang 2-3 minit pun dah cukup. Tunjukkan yang kita masih ingat mereka.
Tak salah untuk mencipta kenangan. Jadikan kenangan itu pembakar semangat untuk menghadapi zaman mendatang. Tidak kira kenangan manis mahupun pahit. Dan ingatlah setiap kenangan tercipta tersimpan banyak hikmah dan pengajaran sama ada kita sedar ataupun tidak. Marilah terus mencipta kenangan dan dalam masa yang sama menghadapi masa hadapan dengan penuh bergaya.
P.s : Kawan yang tulis status tu bermaksud kenangan peroleh kejayaan terutama dalam pelajaran.
Saya pun ulas dari perspektif lain (macam perspektif saya je). Walau dari segi pandangan mana2pun tapi mesej dia tetap sama.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe