Thursday, May 19, 2011

Kematian yang pasti...

   Salam takziah buat arwah adik bapak saya yang baru meninggal selasa lepas. Arwah meninggal kerana excident. Kami sekeluarga masih tidak percaya dan merasa seperti dalam mimpi. Arwah memang kuat berfacebook. Habis  semua anak sedara disakat difacebook setiap hari sepanjang hayatnya. Aku pun tak percaya. Dapat tahu berita pun dari adik aku kat facebook. Mulanya adik aku cakap dia excident. Tak lama kemuadian dia cakap pakcik aku dah tak ada. Mula2 aku rasa sebak dan tak percaya. Arwah baru je update status dia kat facebook. Kata2 terakhir dia, Vroooommmm, on the way nak balik Putrajaya...

   Sebenarnya, pakcik aku baru sahaja berkahwin. Tak sampai setahun pun. Isteri dia orang Pekan dan berkerja kat sana. Pakcik aku pula tinggal kat Putrajaya dan kerja kat sana. Jadi setiap minggu dia ulang alik dari Putrajaya ke Pekan semata-mata nak jumpa isteri dia. Lepas balik jumpa isteri dia, dia mesti datang rumah bapak aku dulu sebelum balik rumah sewa dia. Sekarang isteri dia tengah sarat mengadung anak sulung. Mula2 dia naik bas ke Pekan. Tapi tak lama tu dia naik motor pula ke Pekan. Sudah takdir Allah, dia pergi selamanya. Dia excident dalam perjalanan pulang ke Putrajaya.

   Aku sedih. Aku dah anggap arwah macam abang aku sendiri. Aku anak sulung tak ada abang. Arwah selalu mengambil  berat. Kadang2 tanya macam mana study. Kadang2 tanya dah ada pakwe ke. Arwah tak faham. Aku tak pandai nak rapat dengan lelaki. Agaknya muka aku bengis macam singa sebab tu diorang tak mau tegur aku. Kawan lelaki yang rapat dengan aku cuma bapak, adik lelaki aku dengan arwah. Aku belajar dan mengenali sikap lelaki melalui diorang. Aku masih ingat kata2 arwah. Waktu tu aku balik kampung sebab cuti raya. Masa tu aku baru masuk asasi. Arwah  pesan kat aku.
Kalau nak berkawan dengan lelaki kena hati2 sikit. Lelaki nak perempuan sebab nak puaskan nafsu dia. Tetapi perempuan nak lelaki sebab hati. Perempuan mudah memberi hati kat lelaki yang dia suka padahal lelaki tu cuma nak main je. Kalau betul lelaki tu serius nak kat perempuan tu dia mesti jumpa keluarga perempuan dulu. Dia tak akan buat sewenang-wenangnya kat perempuan yang dia suka. 
   Pakcik aku faham yang bapak aku memang tak bagi aku berkawan dengan lelaki. Datuk aku pun dah bagi amaran keras kat masa aku baru habis darjah 6. Dia galakkan aku untuk berkawan dengan lelaki untuk pengalaman sahaja. Tetapi aku pilih untuk berkawan dengan pakcik, bapak dengan adik lelaki aku. Mereka juga lelaki.

   Aku berterima kasih kat dia. Bukan kerana dia jual laptop kat bapak aku, aku mungkin tak mempunyai laptop sekarang. Aku mungkin buta IT. Aku mungkin susah nak buat assignment. Laptop ni banyak berjasa kat bapak aku dan aku. Walaupun laptop ini sudah berusia tapi masih berfungsi dengan baik. Aku akan jaga laptop ini sebaik-baiknya kerana keluarga aku bukan orang senang. Kalau rosak laptop ini, aku mungkin sukar untuk mencari penganti laptop kerana kurang pulus.

   Banyak gila kenangan keluarga aku dengan arwah. Masa ronda2 kat kawasan bandar, ternampak KFC dengan kedai kek. Aku tetiba teringat pakcik aku pernah kerja kat KFC. Bapak aku pernah hantar dia kerja kat sana sebelum kerja kat Putrajaya. Yang paling aku ingat dia cerita pasal ayam yang tak habis dijual kat KFC. Masa tu aku kusyuk gila mendengar cerita dia. Kat kedai kek pulak teringat dia tengah tunggu bapak aku sampai untuk ambil kek kahwin dia. Kiranya tolong dia hantar kek ke rumah embah sebab dia naik motor. Takut hancur pula kek.

   Bila kat perhentian tol Gombak teringat dulu2 pakcik aku pernah tumpang naik kereta sama2 nak balik kampung. Pastu berhenti kat Gombak untuk makan mi goreng udang yang mak aku masak. Masa tu best sangat. Bila tengok rumah embah teringat waktu dia kahwin, waktu dia terbujur kaku selepas excident. Bila balik rumah teringat dia pernah menumpang kat rumah masa dia mula2 datang KL. Banyak gila kenangan aku dengan pakcik aku. Tambah lagi sikap dia suka like wall post, link, gambar kat facebook. Rasa dia masih ada walaupun hakikatnya dia sudah tiada.

Semoga roh arwah ditempatkan disisi orang yang soleh dan dicucuri rahmat dari-Nya. Dan tidak lupa supaya isteri dia tabah menghadapi dugaan ini dan selamat melahirkan anak sulung dia tak lama lagi. Mari kita berdoa demi kesejahteraan mereka.

~Al-Fatihah~

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe