GEMBIRANYA. Aku dah dapat add 2 subject. Memang melayakkan aku untuk masuk semester pendek. Wah tak sabarnya. Kelas aku cuma hari selasa dengan khamis je. Hari2 lain takde kelas. Aku boleh balik rumah hari Jumaat pastu balik UIA hari Isnin. Setiap minggu pun takpe. Pokai aku. Tapi aku ada buat kerja jahat. Tak baik betul la aku ni. Sebelum ni aku ada add manual MIS. Sebelum cuti semester lagi. Aku buat macam tu sebab aku takut aku memang tak boleh buat short semester. Kawan kepada kawan ex-dormate aku cakap kalau da dapat MIS tu seeloknye jangan didrop subjectnye. Aku pun follow jela.
Tapi disaat prereg lagi sekali, banyaknye kosong. Wey banyak kelas kosong. Hari tu dia buka ciput je kelas. Tadi banyak gila kosong. Pada mulanya aku add satu je subject. Kawan aku duk promosi suruh aku amik MAF. Aku duk mikir2. Aku da amik MIS. Short sem cuma boleh amik 2 subject sahaja. Maximum. Aku tetapkan pendirian aku yang aku tak mahu drop MIS dan add MAF. Lama2 aku teringat seorang kawan ni yang berhasrat nak amik short sem tapi tak kesampaian. Sama kes dengan aku la. Aku SMS dia. Ada banyak kelas kosong. Dia pun add cepat2. Dia call aku pujuk aku amik MAF juga. Hmm.. Aku ni lemah sikit bab mujuk memujuk ni. Memang cepat termakan dengan pujukan. Sebab tu aku benci salesman. Aku pun try la add MAF. Sebelum add MAF aku kena drop MIS sebab class clash masa. Dah drop MIS add pula MAF. Tengah2 add tak boleh pula nak add MAF. Habisla. Aku baru bersuka ria dapat add 2 subject. Ni tinggal satu je. Aku geram. Aku buka browser lain try add banyak2 kali. Dah banyak kali aku cuba yes aku dapat. Tapi terfikir pula tempat siapa yang aku amik. Hehe... Saya telah mencuri tempat orang lain. Inilah situasi sebenar waktu prereg. Rasa bersalah sebab drop MIS dan ambil tempat orang lain untuk subject MAF. Aku gembira sebab aku dapat MAF. MIS tu subject untuk budak yang dah confirm masuk Bachelor Accounting. Kalau andai kata aku tak dapat nak masuk department accounting, sia-sia aku belajar MIS. So aku happy sekarang. Next problem ialah bilik. Harap2 ada bilik kosong untuk aku... Huhu
Aku pelik. Kenapa tak ada sorang pun senior cakap yang kalau tak dapat add subject masa register dulu2 boleh add subject lepas result exam keluar. Dan kenapa budak2 berebut-rebut nak add subject masa register dulu2 sanggup berkampung di cafe, LTD, library untuk mendapat internet yang laju supaya dapat add subject tanpa sebarang masalah. Kalau aku tahu boleh add kemudian takdela aku gelabah tahap gaban nak pikir2 macam mana nak add manual. Cuma satu sebab kenapa perkara ini berlaku. Sebab nak cop bilik la semua orang nak berebut daftar subject dulu2. Sekarang aku da tahu....
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe