Sebenarnya aku malas nak cerita pasal mahallah ni. Bukan nak cerita keburukan mahallah ni. Tapi aku masih rasa tak puas hati kenapa aku dicampak jauh dari sahabat2 aku. Huhu.. Begini ceritanya, sebelum masuk gombak, kami berempat merancang untuk sehidup semati... tak la... nak duduk sebilik kat gombak. Tanya kakak senior yang ada kat gombak satu bilik boleh muat berapa orang. Kakak tu cakap normal room 4 orang tapi usrah room 8 orang. Kami target nak bilik 4 orang. Boleh la kitorang bersama-sama sampai tamat belajar disana. Tapi surat tawaran pula yang kacau line. Kawan aku tiga orang dapat mahallah yang sama. Tapi aku dapat mahallah lain. Sedih betul.
Pada mulanya agak berat jugak nak bagi tahu kat kawan aku. Diorang macam tak percaya. Diorang siap pujuk aku tukar mahallah lagi. Aku pada mulanya memang nak tukar mahallah. Tapi setelah merasai betapa seronoknya bilik yang aku duduk sekarang aku terus lupakan niat nak tukar mahallah. Nak tahu ape yang best kat mahallah aku? Bilik yang besar, ada privacy, dekat dengan semua facilities macam masjid, kelas, ractory dan library. Cuma yang tak best kat mahallah aku cuma makanan die dengan penghuni mahallah tu sendiri. Mahallah tu setiap hujung minggu mesti sunyi. Tak tau kenapa.
Mahallah kawan aku bilik dia boleh tahan juga tapi takde privacy. Luas bilik kecil sikit dan jauh dengan facilities. Orang masuk2 bilik terus nampak katil. Lebih baik pasang langsir. Tempat makan dia best. Kalau bosan makan kat cafe mahallah diorang boleh makan kat kafe mahallah sebelah. Istimewa kat mahallah ni mahallah ni berdekatan dengan tangga yang paling tinggi kat UIA. Budak sana gelar tangga tu "tangga batu cave". Tinggi.... Ade kawan aku siap kira bilangan anak tangga kat situ tapi aku dah lupa berapa..hehe.. Nak guna tangga tu seronok masa nak turun je. Naik...... faham2 jela.
Tapi bila lama2 duduk kat bilik sorang rasa sunyi pulak. Nak buat assignment pun susah. Kena lepak kat library, kena menginap kat bilik kawan untuk siapkan assignment. Tapi adat la tu. Aku kira beruntung dapat UIA. Kalau universiti lain dah la kelas jauh, bilik kawan lain pun jauh. Bersyukur dengan apa yang ada. Tapi aku memang akui aku rasa sunyi. Sejak aku duduk jauh dari kawan aku 3 orang aku rasa jauh dari diorang. Aku dah tak serapat masa kat dorm dulu2. Nak2 aku kena rapat balik dengan diorang. Selalu merayap kat bilik diorang walaupun jauh....exercise...Nasib baik aku ada kenal beberapa orang kawan kat mahallah aku. Sekurang-kurang hilang rasa sunyi aku. Petang2 main badminton, makan same2, belajar sama, tengok korea sama2. Sangat tak berfaedah. Bila difikirkan balik mesti ada hikmah kenapa aku tercampak jauh dari diorang. Lama2 aku dah dapat baca kenapa aku dapat lain mahallah dari diorang.
Sekarang keputusan muktamat aku : Aku tetap dengan mahallah aku. Tak payah pindah. Kalau aku rasa bosan, library kan ade, masjid kan ade... lepak la kat situ study. Ni masa untuk aku study. Bukan masa nak berkepit dengan kawan. Sebelum ni aku hidup je kat Nilai. Takde sorang pun budak sama sekolah yang dapat belajar kat sana. Aku isi borang sorang2. Nasib baik ade internet. Sumber rujukan aku. Budak sekolah aku kebanyakkannya dapat masuk UiTM, Matrikulasi... Ada sorang tapi dia sama sekolah dengan aku sampai tingkatan 3 je pastu jumpa balik kat Nilai. Aku Sorang2... Takleh nak bayangkan...
Relax ar sis..
Korang tahu tak mahallah tu ape?
Mahallah tu dalam bahasa arab. Maksud dalam bahasa melayu ialah tempat, kolej atau kediaman...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe