Friday, September 02, 2011

Hanya kerana mulut.



Hanya kerana mulut badan binasa.

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata....

Hanya dengan kata-kata... 
Hati terguris...
Keluarga berpecah belah...
Huru-hara disana sini...

Berhati-hatilah ketika berkata-kata...

P/s : Aku seumur hidup akan ingat apa yang terjadi di pagi raya... Begitu lancang kamu mendoakan sesuatu yang buruk terhadap keluarga aku... Adakah kamu fikir kamu itu tuhan, menentukan nasib keluarga kami?... Adakah kamu pikir keluargaku selama ini hidup tenteram, bahagia dan selesa selama ini? Apa yang kami lakukan sehingga kamu sanggup menyumpah kami? 

Apa yang terjadi dalam hidup kamu adalah atas kegagalan kamu merancang masa depan kamu. Kamu salah mengunakan harta yang Allah amanahkan sehinggakan kamu menjadi seperti sekarang. Kamu terlalu kenyang memakan hak kami. Jangan nak bohong dan menafikan lagi. Aku dari kecil hingga sekarang menyaksikan apa yang terjadi. Aku tidak buta dan tuli dengan penipuan kamu, janji2 palsu kamu. Kamu sanggup beri kami guna apa sahaja, pinjam apa sahaja, kamu beri barang kepunyaan kamu yang kamu dah muak memakainya tetapi tidak pada duit. Duit harta pusaka. Kamu bolot senyap2. 

Di satu saat kelak, aku akan tuntut atas apa yang kamu telah lakukan atas keluarga aku. Dan jika sesuatu benda terjadi persis seperti apa yang kamu sumpah kepada kami berkali-kali, sampai bila pun aku akan ingat dan salahkan kamu kerana mulut kamu. Kamu pikir kami ini buta, lembut dan pekak ke? Kamu pikir kami ni kayu, batu ke? Memang aku akan ingat kamu seperti kamu pesan. Aku ingat kamu dengan cara yang berbeza sekali.

Dipagi raya pun masih nak main politik lagi. Memanglah... Agaknya bila semua ini berakhir?

5 comments:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe