Thursday, August 25, 2011

Jom update ilmu tentang Logo Halal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca. Tajuk saya hari ini ialah tentang logo halal. Pasti korang pernah tengok tanda halal dekat makanan. Kalau korang perasan dekat pasaraya tu ada bermacam-macam jenis logo halal. Ada yang memang sah logo Jakim. Ada pula yang entah pape logonya macam dekat bawah ni :



Itu baru sikit. Banyak lagi sebenarnya. Kalau senaraikan semua kat sini sampai bila pun tak habis nak ceritanya. Tengah2 cari jumpalah keratan akhbar kosmo tentang logo halal swasta yang diharamkan. 

Berita penuh klik sini. [Link]



Lepas ni, hati-hatilah ketika beli makanan. Terutama ayam, daging, roti, bihun, mee, tepung, nugget, sosej, majerin dan semua barang yang sudah siap diproses. Kadang2 tu kita tak perasan yang barang selalu beli tu tidak punya tanda halal atau mumpunyai tanda halal yang tidak sah. Terutama raya nak hampir tiba ni. Bagi kakak2 atau makcik2 yang tengah shopping raya tu terutama yang nak buat biskut tunjuk tu (maksudnya : beli biskut siap) hatilah2 ek. Saya berani jamin hampir semua biskut siap tu takda tanda halal ataupun pakai tanda halal swasta macam dekat atas. Macam mana saya tahu? Saya tahulah... Rasa macam dah hilang selera nak makan biskut raya masa raya nanti melainkan biskut tu tuan rumah yang buat.

Demi menjaga kesucian rohani dan jasmani, belilah barang yang punya tanda halal Jakim macam dekat bawah ni. Ni logo Jakim yang baru. Sekurangnya kita sudah yakin yang barang kita beli itu memang benar2 halal. Pekerja Jakim pasti dah siasat habis makanan tu suci,bersih dan bebas dari unsur2 yang haram. 



Yang ni pula logo Jakim lama. 

Kalau korang jumpa logo ni dekat makanan , 
pasti ada sesuatu tak kena dengan makanan tu.
Nak tahu logo halal yang diiktiraf oleh Jakim mengikut negara? Klik link dibawah.
Senarai ini penting jika korang nak melancong ke luar negara. Bila melancong tu sekurang-kurangnya tahu juga makanan yang selamat dimakan terutama berada di negara yang mejoriti rakyatnya bukan beragama Islam. Senarai Badan Islam yang diiktiraf oleh Jakim : [Link]


Saya sertakan sekali Cara nak semak status halal melalui SMS:
Taip HALAL<>SEMAK<>No pendaftaran syarikat (ROC) dan hantar ke 15888.
Cth : HALAL SEMAK 12345x dan hantar ke 15888.
Sumber : [Link]

P/s : Setiap makanan yang kita makan tu akan jadi darah daging kita. Jika kita makan makanan haram, benda yang haram telah meresap ke tubuh kita. Daging yang haram hanya layak untuk api neraka. Bukan itu sahaja, makanan juga membentuk peribadi seorang muslim. Jika anda asyik sumbat benda yang haram, anda akan jadi susah nak melakukan ibadat, susah nak dengar kata, susah nak masuk ilmu. Nak tahu? Yahudi pun nak makan pun cari yang halal. Inikan kita umat Islam... Renung2kanlah....

Alangkah indah kalau dunia ini dipenuhi dengan peniaga jujur macam Rasulullah. Takdelah keluar isu bermacam jenis tanda halal, takdelah keluar isu makanan halal zatnya bercampur dengan makanan haram, takdelah keluar isu urat ayam sembelih tidak putus.... Peniaga yang hanya pentingkan periuk nasi sendiri serta kekayaan dunia tetapi tidak pada perut dan hati pembeli....

4 comments:

  1. terbaik

    lain kali kene ati2

    sbb nk jd drh dgg kn

    ReplyDelete
  2. macam mana nak tau no pendaftaran syarikat untuk semak status halal?
    cth: wrigleys chwewing gum...kt ne die nye company reg no?
    thanks...

    ReplyDelete
  3. bagi saya masa ek untuk selidik...

    ReplyDelete
  4. terima ksh pasal info logo halal,. Bnyak sgt lm mlysia nie mknan halal confuse nk pilih ? ? ?.....!

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe