Saturday, August 20, 2011

Jemaah... Sila rapatkan saff...

Pasti kita pernah dengar ayat ni sebelum sembahyang berjemaah bermula.
Pak imam selalu mengingatkan jemaah untuk rapatkan saf.
Tetapi cuma saf depan je yang rapat. Yang saf belakang tak mahu rapatkan bahu.
Mengapa hal ini terjadi?

Pernah juga terdengar kata2 ustaz yang menyatakan kalau kita mahu melihat kesatuan masyarakat kat satu kawasan, kita perlu lihat bagaimana keadaan saf mereka ketika solat berjemaah. Jika susunan saf itu tidak rapat maka kita boleh membuat kesimpulan yang masyarakat di kawasan tersebut tidak bersatu. Apa yang dikatakan ustaz ada logicnya juga. Jika masyarakat disitu bersatu padu, bekerjasama, saling bantu membantu, mereka tidak kisah kalau bahu mereka dirapatkan dengan bahu jemaah disebelahnya ketika solat. Malah dia peka ada ruang dan cuba untuk merapatkan saf. Tetapi bagaimana jemaah yang tidak mahu rapatkan saf? Adakah jijik sangat bahu jemaah sebelahnya? Adakah kotor sangat jemaah disebelahnya? Atau menganggap jemaah disebelahnya terlalu miskin dan tidak setaraf dengannya?


Saya menghadapi masalah menegur golongan yang tidak mahu rapatkan saf.
Bila ada jemaah tidak mahu rapatkan saf, jauh dilubuk hati... hina sangatke aku ni?
Rasa kelazatan solat jemaah tidak dapat dirasai kerana saf tidak rapat.
Baik aku sembanhyang bersendirian kalau tak nak rapatkan saf.

So, Tolonglah rapatkan saf... Tolonglah....
Info tambahan tentang saf --->Klik disini

P/s : Gembira giler aku semalam. Ada ustaz tu berani tegur depan2 pasal rapatkan saf. Tapi bila solat, still juga ada orang tak mahu rapatkan saf. OoOo.. Korang tak takut ek.... Dulu2 ustaz saya pernah cerita... Kalau korang tak mahu rapatkan saf, ruang2 tu dipenuhi dengan syaitan. Dia selit2 kat bahu korang, kacau korang masa sembahyang. Atau sebab korang tak takut sebab sekarang ni bulan puasa. So manala ada syaitan nak main selit2 kat bahu tu... Ape2 jela.

Tu dia gambarnya... Cuma gambaran je...
Erk... Korang tak seram ke solat dengan syaitan... huhuhuhu

3 comments:

  1. hmm.betul tu..tp still xnak rapatkan sof..aiseh.

    ReplyDelete
  2. itulah pasal... kadang2 tak faham kenape....

    ReplyDelete
  3. kadang2 dieorang ni lapang je especially mase duduk tahiyat akhir.

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe