Friday, August 05, 2011

Fisabilillah !!! Apa itu Jalan Allah?

Terasa bahang kepanasan dan keresahan apabila membaca entry dari Kereta Mayat.
Terasa bahang kepanasan bukan kerana puasa, cuaca panas mahupun rasa nak marah...
Tetapi rasa tak senang duduk lepas membaca entry terbaru blog beliau...
Antara ayat2 yang membuat saya resah :

Tanya diri masing masing: adakah korang jaga solat jemaah di jalan Allah itu? Adakah korang jaga solat tahajjud di jalan Allah itu? Adakah korang keluar bertemu manusia untuk menyeru mereka kepada Allah sepanjang berada di jalan Allah itu? Dan ada tak korang buat maksiat, bergaul lelaki perempuan, mengumpat, dan macam macam lagi dosa yang dibenarkan dengan fatwa kaum kera di sepanjang jalan Allah itu?
Jika ada perkara negatif seperti lengah solat, malas tahajud dan buat maksiat di jalan yang korang claim ‘jalan Allah’ itu, lebih baik korang renung balik dan tanya:
Aku ni sedang duduk di jalan Allah atau duduk di jalan syaitan?
Menangislah dan berguling gulinglah kamu!
Sebenarnya dalam entry terbaru beliau, beliau menekankan tentang Apa itu Jalan Allah?
Selama ini saya sering menyangka yang berjuang ke jalan Allah itu mesti berjihad menentang orang kafir, berjihad menentang orang munafik, berperang....
Rupa-rupanya :

  1. Jumpa manusia dan menyeru mereka kepada Allah.
  2. Menjaga ibadat terutama solat berjemmaah.
  3. Mengadu kepada Allah dalam solat tahajjud di malam hari
  4. Mencegah diri dari berbuat dosa sepanjang berada di jalan Allah.
Nampaknya saya masih fail lagi dengan perkara 1,2 dan 3.
No 1...
Jumpa manusia dan menyeru mereka kepada Allah???
Hmm... Pernah ke saya buat?

No 2...
Menjaga ibadat terutama solat berjemaah???
Menjaga ibadat tu insyaAllah... Tapi solat berjemaah???

No 3...
Mengadu kepada Allah dalam solat tahajjud malam hari???
Dah lama tak buat... T_T


Bila lihat 4 perkara ini, teringat pula kisah Sultan Muhammad Al-Fateh
Beliau tak akan berjaya menawan Konstantinople jika beliau tidak menjadi sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan. Bagaimana? Dengan 4 perkara diatas. Kita tidak akan menjadi ummah yang berjaya jika ketika solat 5 waktu berjemaah  tidak seramai solat tarawih berjemaah di masjid. Kita juga tidak mampu membangunkan ummah jika kita... solat tahajjud pun tak mampu nak tunaikan... lena dibuai mimpi...


P/s : macam mana ni??? Tak prepare pape ni???


5 comments:

  1. Nani dah baca entry asal?
    Huhuhu...
    kenape aku sering lupe dan lupe...

    ReplyDelete
  2. lama x singgah blog kereta mayat tu..
    bgs blog tu sbb byk kongsi ilmu

    ReplyDelete
  3. @ sutera kasih : Btol3... blog dia best... Tiba2 topic kat atas ni memang kena sebijik2 atas muka...huhu

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe