Friday, May 27, 2011

Kenangan...

   Tadi masa buka facebook gatal2 tangan tengok profile pakcik kat facebook. Pastu tengok komen lama2 kat wall aku. Benda tu semua sudah menjadi sejarah antara comment dia dengan aku. Bila baca balik kelakar pun ada. Sedih pun ada. Geram pun ada. Kenapa aku rasa macam dia ada lagi. Rasa macam dia tak pergi lagi. Nauzubillah!!!... Orang yang dijemput nyawa oleh Allah mana boleh kembali. Ingat tu.

   Selama ni dia terlalu mengambil berat kat semua orang. Walaupun ada secalit kenangan hitam waktu dia muda2 dulu ketika tumpang rumah bapak aku tapi aku tak kisah. Mungkin masa tu dia tak matang lagi. Semua keputusan dia buat melulu. Aku ingat lagi. Dulu2 dia suka tukar handphone. Setiap minggu dia tukar handphone (trade in). Pastu dia pergi tunjuk kat bapak aku. Habis dia kena sembur dengan bapak aku. Tapi pakcik aku ni keras kepala. Minggu depan tukar handphone lagi. Bapak aku dah malas da nak sembur dia. Last2 bapak aku bagi nasihat suruh simpan duit untuk masa depan dia.

   Teringat pula masa pergi picnic kat kolam ikan masa aku form5. Bapak aku minat giler memancing. Pastu dibawa satu keluarga pergi memancing. Mak aku tak suka tapi bila tengok anak2nye suka, dia ikut jela. Mula2 tak dapat ikan tau. Bila pakcik aku ni call nak datang rumah, selang beberapa minit terus dapat ikan. Dapat ikan patin dengan ikan ape entah. Tapi ikan tu besar. Besar peha manusia. Mana la tak gemuk. Hari2 makan umpan orang memancing (ikan kolam). Bapak aku cakap, "memang rezeki nuar". Pastu kitorang bawak balik ikan tu disiang dan dibakar. Sedap. Masa tu baru aku tahu ikan patin sedap dibakar.

   Yang paling best. Dia selalu buka puasa kat rumah. Sejak dia tumpang kat rumah bapak aku sampai sebelum dia kahwin. Best sangat2. Meriah giler kat rumah. Tambah menu berbuka bapak aku yang masak. Bapak aku pandai masak tau. Masa berbuka tahun lepas, dia ada cakap. Tahun lepas tahun terakhir dia berpuasa dan berbuka sorang2. Pasni kena berpuasa dan berbuka dengan isteri pula. Aku tak faham kenapa perlu dikatakan tahun terakhir. Sekarang aku dah faham.

   Bila buka facebook, tengok macam kosong. Takde benda yang nak dilihat lagi. Selalu kalau bukak nampak pakcik online. Pastu kacau dia. Kadang2 dia kacau aku. Tapi masa sabtu ahad dia sibuk sikit. Masa dia bersama dengan isteri dia kat Pahang. Dia suka Naruto, suka kerang. Selalu pergi pasar dia mesti beli kerang. Balik rumah rebus pastu makan dengan sambal kicap. Dia rajin masak. Balik kampung dia mesti buat ayam panggang untuk anak sedara dia. Hmm..... Semua tinggal kenangan.

2 comments:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe