Sudah jadi satu kegilaan bila timbul rasa nak makan maggie bila tibanya waktu hilang selera makan.
Yang lagi seronok tengah minggu exam pulak tu.
Entah, rasa geli tekak nak makan maggie.
Agaknya akibat berfikiran luarbiasa bila bab makanan.
Terutama bab penyediaan makanan.
Tambah semalam makan kat luar.
Makan nasi ayam penyet. Ayam dia tak masak.
Ambil lagi bahagian peha ayam.
Di sebabkan lapar maka telan je.
Sampai sekarang rasa macam erkkk...
Tambah lagi kemarin makan kat luar jugak.
Order nasi goreng cendawan.
Yang tak tahan suapan terakhir, tergigit suatu yang pahit.
Macam biji limau.
Hilang selera terus.
Cakap jelah perut dah kenyang
(nasi banyak giler)
Nampak macam sihatlah tu bila tambah oat.erk |
Saya dapat perangai sebijik macam bapak.
Teliti bila tengok orang masak. Terutama kat kedai makan.
Kalau boleh nak jeling tengok cara penyediaan.
Kadang2 minyak dah hitam berkali-kali guna.
Kadang2 pegang2 makanan lepas pegang kain lap meja.
Makanan terdedah. Lalat berterbangan dengan riang.
Tengok bahan2 yang digunakan.
Sos cili entah dari mana datangnya.
Belum cerita bab rasa lagi.
Banyak garam. Banyak ajinamoto.
Ayam, ikan, daging yang dah lama.
Ayam rasa pelik.
Daging dah berlendir dan berbuih.
Yong tau fu... entah mana diorang dapat stok.
Gila betul saya ni.
Itu yang kadang2 saya boleh hilang selera makan.
Perut lapar tapi taknak makan.
Kadang2 tu fikir lebih baik telan maggie dari makan kat kantin.
Parahlah macam ni.
Nak balik rumah cepat2 dan boleh masak ikut tekak aku.
Lama dah rindu sambal belacan kat rumah.
Rindu nak telan cili api banyak2.
Saya memang tak suka dengan sambal belacan kat kedai.
Bau belacan yang sangat2 kuat dan busuk.
tak tahan. erk.
P.s : Masalah betul saya ni.
Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Rakyat kat negara lain tengah kebulur tu.
Aku bukan tak bersyukur.
Tapi tolonglah wahai tukang masak kat kedai makan di luar sana.
Jangan difikirkan untung sahaja tapi fikir makanan yang akan jadi darah daging tu.
Jadilah pengusaha makanan yang bukan sahaja mendapat untung malah jujur dalam perniagaan.
Bila anda jujur dan ikhlas dalam memasak, insya Allah lagi ramai orang datang ke kedai anda untuk makan.
Tukang masak yang jujur dan ikhlas terserlah pada makanan yang disediakan.
Dah tak perlu dah rencah sesedap rasa untuk lariskan makanan.
Itu nak buat orang mati cepat.
Tak perlu tunggu orang datang check kualiti makanan.
Malah tunggu pelanggan serbu kaunter buat aduan bila jumpa benda pelik2.
Boleh tak jadi jujur dan amanah tanpa disuruh dan dipaksa?
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe