Sunday, May 25, 2014

Kambing dalam jemaah?


Macam mana bila berada dalam jemaah itu kita merasa keseorangan.
Merasa keseorangan dikelilingi ramai orang.
Aku merasainya.
Sakit rasa hati ini.
Hingga aku mengambil keputusan membawa diri.

Aku tidak berputus asa pada mulanya.
Aku cuba dan terus mencuba menyesuaikan diri.
Aku pergi program untuk bersama mereka.
Namun lama2 aku ambil juga keputusan menarik diri dalam diam.
Aku berhenti mengikuti semua program mereka.

Setiap hari aku berfikir.
Adakah keputusan ini tepat.
Berat hati ini.

Aku cuba juga pergi bersama mereka setelah sekian lama menyepi.
Namun bila aku hadirkan diri, mereka tidak peduli.
Seolah mereka tidak terjejas langsung selama ketiadaan aku.
Malah mereka menarik muka.

Kemudian aku buat perangai.
Aku sertai program jemaah daerah lain.
Mereka tidak jemput aku.
Kawan aku jemput.
Mereka tidak senang melihat aku.
Namun mereka tidak pula bertanya kepada aku.

Sampai aku tertanya-tanya.
Mengapa terdapat perbezaan usrah.
Diantara usrah dalam kelab dan usrah dalam jemaah?
Mengapa usrah dalam kelab terasa "roh"nya berbanding usrah dalam jemaah?

Kadang2 juga aku merasa berdosa
kerna aku berkelakuan begitu.
Namun bila aku mula teruskan bersama mereka,
hati kecilku menjerit supaya hentikan.
Aku tak gembira.
Aku tak gembira bila sertai mereka.
Aku tak gembira juga bila aku keluar.

Sekarang?
Aku tak tahu.
Aku biarkan semuanya.
Aku berusaha mencari sendiri.
Mungkin ada hikmah namun aku tak tahu apa hikmahnya 
dan kenapa aku dipilih untuk merasai semua ini?
Aku tak tahu.

Kepada ahli jemaah di luar sana yang sedang membaca entry ini,
jangan biarkan ahli anda keseorangan macam saya.
Bila anda membiarkan dia keseorangan,
anda sudah memusnahkan kepercayaan dia
dan merosakkan keyakinan dan potensi dia dalam dakwah.
Rajin2kan diri bertanya khabar, terutama usrah mate.

Usrah bukan tempat untuk menghabiskan silibus
atau kelas kedua setelah kuliah wajib.

"Human learn based on experience (what their learn),
not what has been teach to them."

P.s : Before this I already become lamb,
then become human and turn back into lamb again. haha

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe