Sunday, May 18, 2014

Konflik dalam sebuah organisasi

Organisasi ABC bergerak dengan menawarkan bermacam-macam projek untuk mahasiswa bergerak aktif. Organisasi ini berdaftar sebagai kelab di universiti. Untuk menghasilkan pelbagai projek, wujudlah pelbagai biro dalam organisasi tersebut dimana setiap biro menawarkan keunikan projek masing2.

-Situasi A-
Biro A menawarkan projek mentoring dimana mereka akan ke sekolah untuk membimbing pelajar sekolah mengikut modul yang ditetapkan. Kelebihan biro A terletak pada komiti dan ahli "mainboard" yang begitu komited dalam suatu kerja. Mereka membuat kerja tanpa disuruh, sedia untuk menjalankan tugas dan bertanya bila tak tahu nak buat kerja. Mereka sanggup berkorban masa dan tenaga dengan menghadiri mesyuarat, keluar untuk mencari bahan program dan memberi idea untuk program yang bakal dijalankan. Dengan adanya komiti dan ahli "mainboard" yang komited, program mereka berjaya namun tak memberi impak pada organisasi ABC sebagai program terbaik.

-Situasi B-
Biro B menawarkan projek mentoring untuk pelajar bermasalah. Projek berjalan dengan baik. Namun terdapat kelemahan dalam struktur ahli. Ahli "mainboard" yang tidak produktif, menyelasaikan tugasan di saat akhir dan sering pemurah dengan alasan. Mereka tidak sanggup berkorban masa dan tenaga. Mereka sudah diberi tugasan tetapi gagal menyiapkan. Malah tugasan disiapkan oleh Ketua dan penolong ketua. Walaupun menghadapi masalah dalaman namun projek mereka memberi impak pada organisasi ABC sebagai program terbaik.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Aneh bukan.
Aku terfikir perkara ini gara2 ada seseorang menceritakan aku tentang ini.
Pelbagai persoalan bermain main di kepala.
Mana datangnya ahli2 yang komited?
Macam mana mereka boleh bekerja tanpa disuruh?
Mereka tahu pula nak bertanya bila tak tahu. 

Mengapa wujud ahli yang tak komited?
Mana datangnya ahli sebegini?
Mengapa mereka bersikap begitu?

Aku menyangka dengan adanya program yang motifnya untuk merapatkan ukhuwah seperti riadah bersama dan iftar bersama dapat melahirkan insan2 yang komited. Oh, aku lupa ada dikalangan ahli yang tak komited tak hadir ke program sebegitu. Mereka memilih ke jalan itu namun mereka tak menyumbang pun sesuatu. Sedihkan. 

Persoalan utama, mengapa mereka mahu jawatan itu? 
Mengapa mereka sanggup mengalas amanah tersebut namun mereka tidak melaksanakan amanah tersebut? Adakah mereka dipaksa? 

Salah satu pesanan Imam Ghazali, benda yang paling berat dalam dunia ialah amanah.

Mereka tidak takut nanti bila satu saat nanti apa yang mereka pegang di dunia ini akan dipersoal kelak?

Mungkin ada masalah dalam diri ahli tak komited itu.
Bagaimana mahu perbetulkannya?
Mencari solusi terbaik itu pun masalah juga.
Setiap solusi pasti ada persoalannya.

[Sumber]
Salah satu ciri organisasi berjaya adalah bila ahli bermeja bulat bersama,
menyumbang masa, tenaga dan idea bersama 
dan sama2 mengharungi kesenangan dan kesusahan bersama 
demi mencapai objektif yang ditetapkan dalam organisasi tersebut.

Cadangan solusi untuk situasi 2:
1- Menasihati
2- Buang dan ganti baru

Dua2 solusi memakan masa untuk lihat hasil.
Projek berjalan namun masalah lambat selesai.

atau solusi ke 3, biarkan berlaku sampai habis tenure.
Ketua dan penolong ketua terus buat semua kerja.

Tapi ketua dan penolong ketua pun pelajar juga.
Mereka ada "banyak" masa nak buat semua benda.
Boleh longlai dan lunyai budak berdua tu.
Haha...

Kan senang kalau jujur dari awal. 
Dah taknak pegang amanah cakap taknak.
Kan dah menyusahkan orang. 

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe