Friday, May 09, 2014

Flava - Diary Mobile

Saya mahu memperkenalkan kepada anda aplikasi menarik.
Saya pasti mereka yang suka menulis diary atau jurnal pasti menyukainya.
Tadaaa...

Flava™ - Note/Journal - screenshot

Flava™ - Note/Journal - screenshot

Nak tengok lagi? Klik Play Store - Flava

Saya pun punya satu.
Bila tiada masa nak update blog atau status di facebook,
saya akan update di Flava.
Kadang2 memang sengaja nak update kat Flava.

Flava ni macam diary. 
Boleh tulis apa sahaja yang anda suka.
Setiap detik dalam hidup. 

Contoh:
Makanan tengah hari sedap, 
tangkap gambar dan post kat.... 
Flava la. Bukan di Insta.

Tengah dengar ceramah best,
rakam dan terus post kat Flava.

Video pun sama.
Rakam moment yang best pastu post kat Flava.

Flava ni aplikasi lagi osem dari diari biasa.
Dengan Flava boleh letak gambar, lagu dan video lagi tu.

Cuma setiap post tu untuk tatapan sendirilah.
Tapi jangan risau jika anda masih nak share diary anda,
anda masih boleh share.

Flava ni ada ciri2 keselamatan
Boleh letak password kalau risau ada orang baca.
Boleh siap simpan backup kat cloud storage.

Teringat pesan cikgu,
dalam poket harus ada buku catatan.
Bila ada kata2, nasihat atau pengajaran yang kita baru dapat dan pelajari,
benda itu perlu dicatat,
bila suatu hari nanti bila dibelek kembali
ia menjadi revisi dan nasihat buat diri sendiri.


P.s : Aku ni dah macam promoter barang dah.
Bagi sesiapa berminat sila check kat play store smartphone masing2 ek.
Search je Flava dan install. Khas buat menguna platform android.
Untuk platform window dan apple tu cuba2lah search Flava dalam store yang disediakan ek.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe