Semangat berpasukan banyak sekali diterap dalam cerita Naruto ini.
Apabila setiap ahli kumpulan berganding bahu, ketua meletakkan seseorang itu di posisi yang dia berkebolehan dan ahlinya begitu percaya dan patuh akan ketua punya strategi.
Satu satunya cerita anime yang menerapkan nilai kerjasama dalam kumpulan.
Di bandingkan cerita ini dalam kehidupan kita seharian, pasti banyak element kerjasama yang wujud. Kerjasama dalam keluarga. Malah ketika masih belajar terutama dalam menyiapkan tugasan yang ditugaskan oleh lecture. Kadangkala kita diuji dengan berlainan fikiran ahli kumpulan yang kadangkala menyulitkan proses menyiapkan tugasan. Yang lebih parah bila ada yang curi tulang. Hanya ahli yang komited sahaja yang berusaha menyiapkan tugasa demi mendapat markah dan menjaga reputasi. Ada pula ahli yang salah faham dalam tugasan hingga menyebabkan tindakan dia memeningkan kepala ahli2 lain.
Berlainan fikiran dan kemahiran itu penting dalam berkumpulan kerana perbezaan itu dapat membuahkan hasil kerja yang lebih bermutu. Namun masih bergantung kepada siapa si ketuanya. Jika ketuanya jenis meraikan perbezaan pendapat maka hasilnya pasti berlainan. Jika ketuanya jenis mahu ikut cita rasa dia maka hasilnya biasa2 aja. Adakala sesetengah lecture mahu satu kumpulan bercampur jantina antara lelaki dan perempuan yang lazimnya lelaki dan perempuan sangat berbeza dari buah fikiran dan gerak kerja.
Bagi yang curi tulang itu, sudah2lah mencuri tulang. Tindakan itu tidak membawa kebaikan kepada si perlaku. Ya, sekarang memang senang dan tindakan mencuri tulang ini boleh membawa kesan positif dan negatif buat ahli kumpulan. Kesan positif pada ahli kumpulan itu sendiri dimana mereka akan lebih banyak belajar dan tahu banyak benda. Ujian ini akan buat mereka lebih matang dan membuat mereka lebih berpengalaman. Kesan negatif mungkin berlaku pergaduhan, bermasam muka dan mungkin bila kes curi tulang ini dihidu oleh lecture maka padahlah si pencuri tulang itu.
Jadi kesimpulannya, belajarlah untuk bekerja berkumpulan. Ia membawa kesan positif pada jangka masa panjang. Pada mulanya memang pahit ditelan. Lama2 sudah biasa.
P.s : Kenapa tiba2 nak cerita pasal kerja berkumpulan? Mungkin sebab dorongan dari komik Naruto tu. Mungkin juga sebab tengah frust sebab dah menyusahkan ahli kumpulan sebab kesalahfahaman. Mungkin juga sebab isi borang Malaysian Soft Skills Scale My3s Online Survey. Survey dia banyak menekankan tentang kerja berkumpulan. haha.
Jarang aku bercerita tentang anime bila cerita dari anime itu banyak memberi kesan kepada aku terutama part teamwork dan friendship. Thanks author.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe