Nah nota untuk cari bilangan hari pakai financial kalkulator HPbII+
*Banyak pahala sis ni bila share info ni dan saya share lagi dalam blog.
Bak kata lecture buat amal jariah.
Tiba2 hari ni nak cerita pasal subjek Investment Analysis ni. Tak pernah aku menukil kisah atau pengalaman sepanjang satu semester terutama subjek tertentu. Mungkin aku rasa ada yang menarik, suka dan duka tentang subjek ni. Dari nama dia dah sedia maklum "Investment Analysis".... susah oOo subjek ni. Haha. Mana2 subjek pun susah cik kak oii. Tapi aku tak yakin atas diri aku. Selama aku ambil elektif finance dan bidang terbesar (baca : major courses) aku adalah ekonomi, aku macam tak layak nak jadi ahli ekonomi atau jadi pakar dalam bidang finance. Bagi sesiapa yang blur atau tak faham ape benda "finance" ni, korang bayangkan orang yang duduk analisis stok market, capital market macam jual beli fizikal asset dan money market macam forex. Entah betul ke apa yang aku define pasal finance ni. Ini hasil dari kefahaman aku duduk ambil subjek elektif finance ek. Berbalik dari kisah tadi, aku tak yakin dengan diri aku. Fakta entah ke mana. Aku rasa apa yang aku belajar dah masuk dalam tong sampah. Ke sebab aku belajar untuk exam. Untuk exam pun grade bukan gempak pun. Aku dah nak grad semester ni pun aku tak rasa aku mampu nak bersaing kat pasaran pekerjaan kat luar sana. I'm lacking.
Usah di kenang kekurangan diri tambah tinggal beberapa hari nak final exam, aku nak cerita suka duka dalam kelas Investment Analysis ni. Aku ingat lagi waktu pertama kali masuk kelas ni, aku dah kena sound dengan lecture ni. Yang aku pun satu hal. Yang pergi simpan kalkulator dalam beg tu apa pasal. Aku ada post kenangan yang best tu kat post ni. Sejak tu aku terus masam muka dengan lecture tu. Boleh tahan jugak ego aku. Haha. Susah nak mengaku salah sendiri padahal dah penat nasihat kat diri sendiri. Tapi hari ini aku boleh gelak dengan riangnya sebab lecture buat lawak. Biasalah. Mula expectation nampak lecture tu garang nak mampus. Lama2 lepas buat presentation day, dah nampak kesempoian dia. Dia dengan student selamba je. Tapi nampaklah dia dah aim aku. Hari pertama aku dah jatuhkan tanggapan pertama lecture tu terhadap aku. Nampak juga dia aim aku. Tiap kali suruh bawak handout dan surat khabar, mesti dia lalu kat meja aku. Huahaha. Dia nak tembak aku lagi sebab tak bawak. Kalau aku dah kena sekali, aku tak buat lagi. Takpelah, lecture tu terlebih caring sebenarnya. Kadang2 kantoi jugak tak bawak kalkulator tapi aku pura2 tanya kawan sebelah bila lecture tu lalu. Pandai cover nampak.
Hari ni last kelas kitorg berselfie dengan lecture tu. Lecture tu layan je. Kawan siap promote monopod lagi. Lecture tu dah macam bapak2. Cara dia mengajar pun dah macam bapak2 ajar anak2. Mana2 lecture pun sama. Diorang dah anggap anak murid dia macam anak dia. Biasalah kadang2 dia berleter sikit dan marah tak bersebab. Selagi mana kita berada di jalan yang betul, jangan takut. Perjelaskan mana yang betul. Terpulanglah dia nak terima atau tidak. Itu yang aku belajar dari pelajaran tak langsung dalam kelas tu.
Sepatutnya aku kena siapkan assignment dari subject ni. Kena buat literature review, run DEA (Data envelopment Analysis) dan analysis result. Dah macam buat paper article sendiri. Tapi aku takde mood. Sebab tak faham dengan artikel ni....
Artikel dah cun tapi isi dia.... Ke aku je yang tak faham.... Dah banyak kali berhenti tengah jalan. Buat sikit main facebook lah, youtube lah... Dah 2 hari membazir masa. Lagi dasyat update post kat blog. Tolonglah beri daku kekuatan mengadap benda ni. Pleaaseee... Nak nangis dan dalam masa yang sama rasa nak campak laptop ni. Dalam imaginasi sahaja. Belum dalam bentuk realiti. Aku sayang lagi laptop ni. Sayang lagi.
P.s : Aku bila stress dan takde siapa nak berbual, aku akan update blog.
Salah satu medium untuk hilangkan stress.... barangkali.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe